Kuliah Subuh 7 Disember 2024, Ustaz Mohd Firdaus Mohd Azmy

Tarikh Penceramah Tajuk
07/12/2024 Ustaz Mohd Firdaus Mohd Azmy

Nota Kuliah

Perang Khaibar

Perang Khaibar berlaku pada tahun 7 Hijrah ketika Nabi Muhammad SAW dan para sahabat (1400 orang) menghadapi kaum Yahudi yang tinggal dikubu-kubu Khaibar, sekitar 150 km dari Madinah.


Terdapat juga orang munafik yang terlibat dalam pasukan perang Nabi, sebagaimana dirakamkan di dalam surah Al-Fath, ayat 15.

"Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu akan berkata apabila kamu hendak pergi untuk mengambil harta rampasan perang: 'Biarkanlah kami mengikuti kamu.' Mereka hendak mengubah janji Allah. Katakanlah: 'Kamu sekali-kali tidak (boleh) mengikuti kami. Demikian Allah telah menetapkan sebelumnya.' Mereka akan berkata: 'Sebenarnya kamu dengki kepada kami.' Padahal mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali."

Orang-orang munafik tidak terlibat dalam perang, tetapi mereka membocorkan pergerakan tentera Islam kepada musuh. Orang-orang munafik tidak suka berperang, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah At-Taubah Ayat 46;

"Dan sekiranya mereka hendak berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk itu. Tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan keinginan mereka; dan dikatakan kepada mereka: 'Duduklah kamu bersama orang-orang yang tinggal.'"

Allah mengetahui kepalsuan hati golongan munafik dan tidak menghendaki mereka ikut berjihad kerana hanya akan membawa mudarat kepada pasukan Muslimin. Sebagai hukuman atas niat buruk mereka, Allah menanamkan rasa malas dan enggan untuk berjuang, sekaligus menghina mereka dengan menyamakan mereka dengan golongan lemah yang uzur, meskipun mereka sebenarnya mampu.


Sebagai seorang Islam, kita harus mengambil pelajaran dari ayat ini. Kita perlu memeriksa diri kita adakah kita tergolong dalam ayat di atas. Sebagai contoh, jika kita tidak hendak solat, tidak suka mengaji maka kita dikhuatiri mengikuti sifat-sifat orang munafik dan dibimbangi juga Allah akan menyibukkan kita dengan urusan dunia dan meninggalkan.


Dalam Perang Khaibar juga, Nabi telah memilih untuk masuk melalui pintu belakang untuk mengelakkan musuh daripada lari. Terdapat beberapa jalan menuju ke Khaibar, dan Nabi memilih jalan yang disebut sebagai 'Lorong Selamat Datang.'

"Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang dapat kamu ambil, maka disegerakan-Nya harta rampasan ini untukmu dan Dia menahan tangan manusia dari (membinasakan)mu dan agar hal itu menjadi bukti bagi orang-orang mukmin dan agar Dia menunjuki kamu kepada jalan yang lurus." (Surah Al-Fath ayat 20)

Di Khaibar (kubu Naim), Rasulullah kemudian menyerahkan panji kepada Saidina Ali, meskipun saat itu ia mengalami sakit mata. Setelah didoakan oleh Rasulullah, penyakitnya sembuh serta merta (mukjizat), dan Saidina Ali memimpin serangan dengan keberanian luar biasa. Sebelum itu, Nabi SAW mengatakan bahawa baginda akan menyerahkan panji perang kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan Allah serta Rasul-Nya mencintainya. (HR. Muslim no.2404 dan Tirmidzi no.3724

Ibrah

Nabi memilih orang yang benar-benar layak untuk sesuatu tugas. Sayidina Umar, mengatakan pada hari itu beliau sangat inginkan 'jawatan' apabila dikatakan oleh Nabi yang baginda akan memberikan panji perang kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan Allah serta Rasul-Nya mencintainya. Namun yang layak ialah Ali. Contoh lain ialah; Seorang sahabat Abu Dzar meminta satu jawatan (khidmat) dari Nabi, namun Nabi tidak memberikan jawatan tersebut kepada Abu Dzar kerana menurut Nabi, sahabatnya itu seorang yang lemah dalam kepimpinan.


Seterusnya Saidina Ali telah melawan seorang pahlawan Yahudi bernama Marhab, dan Saidina Ali menang dalam pertempuran tersebut.



Perang Khaibar

Peristiwa Petang Muktah berlaku pada tahun 8 Hijrah di kawasan Muktah. Ia tercetus apabila Harith bin Umair al-Azdi, utusan Rasulullah SAW, dibunuh oleh Syarahbil bin Amr al-Ghassani, pemimpin sekutu Rom Byzantium. Rasulullah SAW menghantar pasukan seramai 3,000 orang yang dipimpin oleh Zaid bin Harithah, diikuti Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah sebagai pengganti jika gugur.

Tentera Islam berhadapan kira-kira 200,000 tentera Rom. Zaid, Jaafar, dan Abdullah gugur sebagai syuhada, sebelum Khalid bin al-Walid mengambil alih kepimpinan. Dengan strategi bijak, Khalid berjaya mengelirukan musuh dan menyelamatkan pasukan Islam.
Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama