
5 Julai 2025 — Pasar Pagi KoKariah Masjid Temerloh Jaya telah diadakan buat julung kalinya pada hari ini dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.



























5 Julai 2025 — Pasar Pagi KoKariah Masjid Temerloh Jaya telah diadakan buat julung kalinya pada hari ini dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.
Pasar pagi ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di Parkir C Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ).
Sebanyak 52 peniaga mengambil bahagian dalam penganjuran kali pertama ini, dengan menawarkan pelbagai jualan seperti barangan basah dan kering, makanan, minuman, ulam-ulaman, sayur-sayuran kampung, buah-buahan segar serta pelbagai lagi produk keperluan harian.
Pasar Pagai ini dikendalikan sepenuhnya oleh Koperasi Masjid Temerloh Jaya Berhad (KoMTTJ) dengan sokongan Ahli Jawatankuasa masjid, dan akan diteruskan pada setiap hari Sabtu, sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan ekonomi komuniti dan merancakkan aktiviti sekitar kawasan masjid serta memperkasakan peranan Koperasi Masjid Temerloh Jaya dalam aktiviti ekonomi.
Catat Ulasan