Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

BKS MTTJ Santuni Mangsa Kebakaran Taman Temerloh Jaya

 
7 Mei 2026 — Ziarah oleh Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya telah diadakan bagi menyantuni mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah di Jalan TJ 5/4, Taman Temerloh Jaya.

Untuk makluman, satu kejadian kebakaran besar telah berlaku pada awal pagi 17 April 2026 (Jumaat) kira-kira jam 2.30 pagi yang melibatkan rumah No. 26, No. 28 dan No. 30. Kebakaran tersebut menyebabkan rumah milik Sarina Binti Zaini di No. 28 musnah sepenuhnya sehingga mangsa tinggal sehelai sepinggang. Rumah No. 30 milik Kamarul Zaman bin Muhamad turut terjejas dan beliau kini menumpang sementara di rumah ahli keluarga di kawasan TJ 1. Manakala rumah No. 26 pula didiami oleh Amiruddin bin Abdul Wahab, seorang penyewa berusia 31 tahun.

Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Namun begitu, semua mangsa kini berdepan kehilangan harta benda serta tempat berteduh akibat kebakaran berkenaan.

Kunjungan ziarah tersebut bertujuan menyampaikan sokongan moral serta bantuan kebajikan kepada keluarga yang terkesan. Pihak BKS turut menzahirkan rasa simpati dan berharap agar semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama