Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang yang telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah JKM Malaysia Siri 1 bagi tahun 2026.
Antara yang menerima pengiktirafan tersebut ialah Encik Samsi bin Tukiman merupakan sebahagian daripada rakan komuniti kita yang menetap di TJ 6/9, Taman Temerloh Jaya, apabila berjaya menerima Anugerah Pegawai Terbaik (APT) Tahun 2026.
Beliau yang berusia 46 tahun merupakan bapa kepada tiga orang anak dan turut aktif sejak tahun 2013 sehingga kini sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang menggerakkan Biro Pendidikan & Sahsiah Remaja Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada masyarakat setempat serta seluruh warga kerja untuk terus cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya.
Sumber: Facebook Masjid Temerloh Jaya
Catat Ulasan