
3 Jun 2025 — Satu perjumpaan bersama para peserta ibadah korban bagi tahun 1446H/2025M telah berlangsung di dewan seminar Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) pada malam ini, sejurus selepas solat Isyak. Majlis tersebut dihadiri oleh peserta dan wakil yang berkelapangan, serta pihak pengurusan MTTJ.
Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh penyelaras program korban MTTJ 1446H/2025M, En. Mohd Safri Harun dan pihak pengurusan iaitu En. Zulhanee Mohamed dan Pn. Norsiah Luchman telah memberikan penerangan menyeluruh berkaitan atur cara pelaksanaan korban yang dijadualkan berlangsung pada Hari Raya Aidiladha nanti, termasuk, tempat sembelihan, pengagihan daging, peranan peserta, serta tatacara yang perlu dipatuhi sewaktu program berlangsung.
Beberapa perkara penting turut disentuh, antaranya ialah pengurusan lembu korban, pembahagian tugas sukarelawan, serta langkah-langkah keselamatan yang akan diambil semasa proses penyembelihan dan pengagihan berlangsung. Sesi perjumpaan ini turut membuka ruang kepada para peserta untuk mengemukakan sebarang persoalan serta memberikan cadangan membina berkenaan pelaksanaan ibadah korban.
Senarai Tugasan Ibadah Korban Masjid Temerloh Jaya 1446H / 2025M
Tugasan | Nama |
---|---|
Penasihat | Dr. Hj Abdullah Ismail dan Ustaz Hj. Mohd Asri Awang |
Pengerusi | Ustaz Ahyat Ibrahim |
Penyelaras Program | En. Mohd Safri Harun |
Bendahari | Hj. Hassan Samadi |
Penyediaan Lembu | Hj. Hassan Samadi & Hj. Jamaludin Musa |
Penyediaan Penyembelih | En. Hamdan Saidin / Ustaz Ubaidillah |
Menumbang Lembu | Mohd Azam (Pak Ngah) dan krew |
Melapah | Krew Kg. Tualang dan Kem BT 3 |
Penghantaran Bahagian Siap Dilapah ke Khemah | En. Azmi / Krew Remaja |
Tulang, Kaki & Kepala | Kem Batu 3 |
Menimbang dan Membungkus | Pn. Nursiah / Krew Muslimat |
Bahagian Perut Besar / Usus | Akan dikumpul dan diserah kepada pihak sanggup |













Catat Ulasan