Waktu Solat Temerloh Jaya
-- • --
Memuatkan data solat...

1 Ramadan

---

1 Syawal

---

1 Muharam

---

Maulid Nabi

---

MTTJ Raih Anugerah Pengimarahan Berimpak Kali Kedua


15 Oktober 2026 – Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), sekali lagi meraih kejayaan di peringkat kebangsaan apabila memenangi Anugerah Pengimarahan Berimpak sempena Konvensyen Masjid Nusantara dan Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2026/1448H.
Kemenangan tersebut melayakkan MTTJ menerima hadiah wang tunai RM50,000, sekali gus mengulangi kejayaan dalam kategori pengimarahan buat kali kedua di peringkat kebangsaan.
Pencapaian itu merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan pihak pengurusan masjid bersama ahli jawatankuasa dan seluruh jemaah dalam melaksanakan pelbagai program pengimarahan, termasuk solat berjemaah, pengajian agama, kegiatan kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan. Pengerusi MTTJ, Datuk Dr. Haji Abdullah bin Ismail, ketika mengulas kejayaan tersebut, merakamkan penghargaan kepada seluruh jemaah, ahli kariah, barisan jawatankuasa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai program masjid. Menurut beliau, kemenangan kali kedua itu merupakan hasil komitmen bersama seluruh warga masjid yang terus memainkan peranan dalam memastikan kegiatan pengimarahan dapat dilaksanakan secara berterusan. “Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua, khususnya seluruh jemaah dan ahli kariah yang sentiasa bersama-sama memakmurkan masjid. Terima kasih atas segala sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga kita terus istiqamah mengimarahkan masjid yang kita cintai ini,” katanya. Beliau berharap kejayaan tersebut dapat menjadi dorongan kepada seluruh warga masjid untuk terus meningkatkan kehadiran jemaah, memperbanyak program keilmuan serta memperluas kegiatan kebajikan bagi manfaat ahli kariah dan masyarakat sekitar. Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan. Turut hadir ke majlis tersebut bagi mewaklik MTTJ ialah Timbalan Pengerusi, Dato' Zainal Abidin Md Amin, bersama beberapa ahli jawatankuasa dan pegawai masjid. Sementara itu, sebuah lagi masjid dari daerah Temerloh, iaitu Masjid At-Taqwa, Kampung Awah, turut mencatat kejayaan apabila memenangi Anugerah Masjid Mesra Komuniti dan menerima hadiah wang tunai RM50,000. Kejayaan kedua-dua masjid dari daerah Temerloh itu membolehkan negeri Pahang meraih dua anugerah di peringkat kebangsaan dengan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan RM100,000.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama