20 Mei 2026 — Bertempat di bilik mesyuarat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial BKS MTTJ giat menjalankan persiapan penyediaan dokumen serta pengumpulan bahan bergambar bagi penyertaan Anugerah Masjid Malaysia 2026.
Persiapan tersebut melibatkan penyusunan maklumat berkaitan aktiviti pengimarahan, kebajikan masyarakat, program sosial serta dokumentasi pencapaian masjid sebagai sebahagian daripada proses penilaian anugerah berkenaan.
Anugerah Masjid Malaysia merupakan inisiatif pengiktirafan kerajaan di bawah Belanjawan MADANI yang bertujuan memartabatkan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti, pengukuhan perpaduan ummah serta kecemerlangan pengurusan masjid di negara ini.
Pelaksanaan anugerah tersebut dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi penganjuran bersama Konvensyen Masjid bagi menghargai usaha masjid-masjid yang aktif dan cemerlang dalam pelbagai aspek pengurusan dan pengimarahan.
Catat Ulasan