
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
03/12/2024 | Ustaz Muhammad Faiz Syahmi Shahabuddin | — |
Masjid: Tempat Terbaik di Dunia dan Akhirat
Masjid adalah tempat terbaik di dunia. Jika ingin berada di tempat terbaik di akhirat, iaitu syurga, hendaklah selalu berada di masjid.
"Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjid, dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasar."
Mengunjungi masjid untuk beriktikaf, menunaikan solat, dan melaksanakan ibadah lain adalah amalan yang sangat mulia dan wajar diamalkan secara konsisten. Gunakanlah masa sihat kita untuk menghadirkan diri ke masjid, sebelum tiba saatnya kita ke masjid hanya sebagai jenazah yang disolatkan.
Pasar: Tempat yang Dibenci Allah
Pasar sering dikaitkan dengan perbuatan yang ditegah oleh syarak, seperti penipuan dalam jual beli, riba, kelalaian dari mengingati Allah, dan lain-lain. Namun, bagi mereka yang memasuki pasar dan mengingati Allah dengan zikir tertentu, terdapat ganjaran yang besar.
"Barang siapa yang memasuki pasar lalu mengucapkan:
LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYII WA YUMIITU WA HUWA HAYYUN LAA YAMUUTU BIYADIHIL KHAIRU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR ( Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØْدَÙ‡ُ Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØَÙ…ْدُ ÙŠُØْÙŠِÙŠ ÙˆَÙŠُÙ…ِيتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ØَÙŠٌّ Ù„َا ÙŠَÙ…ُوتُ بِÙŠَدِÙ‡ِ الْØ®َÙŠْرُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ) maka Allah mencatat baginya sejuta kebaikan, menghapuskan sejuta dosa, dan mengangkat darjatnya sejuta tingkat."
Kelebihan Menuntut Ilmu
Orang yang hadir menuntut ilmu akan diberikan kelebihan oleh Allah berbanding mereka yang tidak melakukannya. Namun, kita sering salah faham dengan menganggap kelebihan tersebut hanya berkaitan dengan kekayaan dunia.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; lalu mereka berdua berkata: 'Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami daripada kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.'"
Oleh itu, menuntut ilmu adalah satu amalan mulia yang perlu dipandang sebagai kelebihan dan nikmat daripada Allah, bukan sekadar alat untuk memperoleh dunia semata-mata.
Antara Perkara Yang Membatalkan Iman
1) Sujud kepada selain Allah adalah haram dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda:
"Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya."
Kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh Allah SWT. Salah satu contoh yang disebut dalam al-Quran adalah ketika Allah memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam AS sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan Adam sebagai khalifah Allah di bumi.
2) Meletakkan Al-Quran di tempat yang kotor, melemparkan atau mengoyakkannya.
Perbuatan tersebut biasanya dilakukan oleh ahli sihir sebagai salah satu ritual.












Catat Ulasan