
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
01/12/2024 | Ustaz Hairulazam Abd Rahman | — |
Nota Kuliah
Surah Al-Hajj Ayat 71-72
Kita dilarang menyebarkan sesuatu berita tanpa ilmu pengetahuan terhadap perkara itu. Hal tersebut boleh menjerumuskan seseorang ke lembah dosa. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW;
Kita perlu menguasai ilmu yang benar untuk menjauhi kesesatan dan berhati-hati dalam berbicara, terutama mengenai perkara yang tidak kita ketahui. Berdiam diri dalam keadaan tiada pengetahuan lebih baik daripada berkata sesuatu yang boleh membawa kekeliruan atau keburukan kerana orang yang tidak berilmu jika bertidak, ia akan bertindak dengan jahil.
Selain itu, kita juga harus mengutamakan adab dalam berbicara, seperti dalam isu khilaf. Contohnya, Imam Syafie yang tidak suka membesar-besarkan hal berkaitan perbezaan pandangan. Ketika mengimamkan solat bagi orang-orang di Kufah (Iraq) yang bermazhab Hanafi, beliau meninggalkan doa Qunut dalam solat Subuh, menghormati pandangan sebahagian ulama Mazhab Hanafi yang menganggap Qunut sebagai bidaah. Begitu juga dengan Imam Hambal, meskipun berpegang amalan melakukan solat sunat sebelum Maghrib, namun beliau pernah meninggalkan amalan tersebut ketika berada di tempat yang penduduknya tidak mengamalkannya. Sikap ini mencerminkan toleransi dan hormat terhadap perbezaan mazhab, yang menjadi contoh teladan dalam menyikapi perbezaan pandangan.
Apabila kita ingin berbicara mengenai sesuatu perkara, adalah penting untuk memiliki maklumat yang tepat mengenainya. Jika kita tidak mempunyai maklumat yang betul, adalah lebih baik untuk diam daripada bercakap tanpa ilmu pengetahuan.
Seterusnya pada ayat 72, disebutkan bahawa orang-orang kafir tidak suka apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan, kerana Al-Quran itu mendedahkan kesilapan, kesalahan, dan perbuatan jahat mereka. Hal ini berbeza dengan orang beriman yang menerima ayat-ayat Allah dan mengambil iktibar darinya tanpa banyak soal.
Bagi orang kafir, apabila mereka gagal melawan hujah, mereka sering menunjukkan sifat-sifat ganas. Sejarah membuktikan bahawa para Nabi menjadi mangsa kekejaman mereka, begitu juga para pendakwah yang turut menerima nasib serupa. Sikap ini juga jelas terlihat pada kaum Quraisy yang bertindak zalim terhadap orang-orang beriman. Oleh sebab itu, Allah mengancam kaum yang sesat dengan azab api neraka sebagai balasan atas kezaliman mereka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).— Ayat 71
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "— Ayat 72
Kita dilarang menyebarkan sesuatu berita tanpa ilmu pengetahuan terhadap perkara itu. Hal tersebut boleh menjerumuskan seseorang ke lembah dosa. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW;
Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun)— HR. Muslim no.5
Kita perlu menguasai ilmu yang benar untuk menjauhi kesesatan dan berhati-hati dalam berbicara, terutama mengenai perkara yang tidak kita ketahui. Berdiam diri dalam keadaan tiada pengetahuan lebih baik daripada berkata sesuatu yang boleh membawa kekeliruan atau keburukan kerana orang yang tidak berilmu jika bertidak, ia akan bertindak dengan jahil.
Selain itu, kita juga harus mengutamakan adab dalam berbicara, seperti dalam isu khilaf. Contohnya, Imam Syafie yang tidak suka membesar-besarkan hal berkaitan perbezaan pandangan. Ketika mengimamkan solat bagi orang-orang di Kufah (Iraq) yang bermazhab Hanafi, beliau meninggalkan doa Qunut dalam solat Subuh, menghormati pandangan sebahagian ulama Mazhab Hanafi yang menganggap Qunut sebagai bidaah. Begitu juga dengan Imam Hambal, meskipun berpegang amalan melakukan solat sunat sebelum Maghrib, namun beliau pernah meninggalkan amalan tersebut ketika berada di tempat yang penduduknya tidak mengamalkannya. Sikap ini mencerminkan toleransi dan hormat terhadap perbezaan mazhab, yang menjadi contoh teladan dalam menyikapi perbezaan pandangan.
Apabila kita ingin berbicara mengenai sesuatu perkara, adalah penting untuk memiliki maklumat yang tepat mengenainya. Jika kita tidak mempunyai maklumat yang betul, adalah lebih baik untuk diam daripada bercakap tanpa ilmu pengetahuan.
Seterusnya pada ayat 72, disebutkan bahawa orang-orang kafir tidak suka apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan, kerana Al-Quran itu mendedahkan kesilapan, kesalahan, dan perbuatan jahat mereka. Hal ini berbeza dengan orang beriman yang menerima ayat-ayat Allah dan mengambil iktibar darinya tanpa banyak soal.
Bagi orang kafir, apabila mereka gagal melawan hujah, mereka sering menunjukkan sifat-sifat ganas. Sejarah membuktikan bahawa para Nabi menjadi mangsa kekejaman mereka, begitu juga para pendakwah yang turut menerima nasib serupa. Sikap ini juga jelas terlihat pada kaum Quraisy yang bertindak zalim terhadap orang-orang beriman. Oleh sebab itu, Allah mengancam kaum yang sesat dengan azab api neraka sebagai balasan atas kezaliman mereka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Gambar-Gambar














Nota

Catat Ulasan