
Para pelawat telah disantuni oleh oleh Skuad Penyambut Tetamu MTTJ yang diwakili oleh Encik Ab. Manaff Safien, Tuan Haji Rosly Harun, serta Pembantu Tadbir MTTJ, Puan Norsiah Luchman.
Para pelawat berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama ahli kariah Masjid Temerloh Jaya, mendengar kuliah Subuh, dan bersarapan. Sesi taklimat Lawatan Penanda Aras kemudiannya diadakan di Bilik Seminar MTTJ.
Taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkanain Hashim, Setiausaha MTTJ. Manakala sesi taklimat Penanda Aras disampaikan sendiri oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, selaku Pengerusi Masjid. Dalam sesi tersebut, beliau telah membentangkan aspirasi masjid serta model pengimarahan yang diguna pakai oleh MTTJ dalam usaha memperkasa fungsi masjid sebagai pusat komuniti.
Sesi taklimat turut diserikan dengan ucapan khas daripada Dato’ Sri Haji Ishak bin Haji Muhamad, yang mengetuai delegasi Kelab Warga Emas Taman Guru, Kuantan.
Catat Ulasan