Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

HELWA MTTJ Anjur Program Lenggang Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan


8 Ogos 2026 – Seramai 50 peserta telah menyertai Program Lenggang Merdeka (Brisk Walk) yang dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, pada pagi Sabtu.

Program bertemakan “Langkah Sihat, Jiwa Merdeka” itu bermula pada pukul 7.40 pagi dengan para peserta berkumpul di perkarangan MTTJ. Sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki, para peserta mengikuti sesi senaman regangan yang dikendalikan oleh Encik Razali sebagai persediaan bagi memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar.

Para peserta kemudiannya berjalan beramai-ramai dari MTTJ menuju ke Padang Awam Temerloh Jaya. Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah serta menyemarakkan semangat patriotik dalam suasana sambutan Bulan Kebangsaan.

Program yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat itu diakhiri dengan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada para peserta. Penganjuran program ini diharapkan dapat menggalakkan masyarakat setempat untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif, di samping memperkukuh hubungan antara MTTJ dengan komuniti Taman Temerloh Jaya.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama