Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Laporan BKS MTTJ (18, 16 ,9 September 2026)

📅 Aktiviti 18 September 2026 (Jumaat)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
5.00 Petang
📍 Taman Temerloh Jaya Indah
18.9.26

Lebih kurang jam 5.00 petang, AJK terdiri dari En Ab Manaff (Pengerusi BKS MTTJ), En Mazlan, En Azmi dibantu oleh En. Hafize Hassan telah menghantar sebuah katil wakaf MTTJ ke TJI untk kegunaan seorang ahli kariah yang baru menjalani rawatan sakit jantung.

📅 Aktiviti 16 September 2026 (Rabu)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
5.30 Petang
📍 Bukit Bendera & Kampung Bangau Parit
Pada 16 September 2026, lebih kurang jam 5.30 petang, AJK Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) MTTJ yang terdiri daripada En. Borhan, En. Nasran dan En. AB Manaff, dengan bantuan En. Hafizi, telah mengambil sebuah katil wakaf MTTJ di Bukit Bendera.

Katil wakaf tersebut kemudiannya dihantar ke Kampung Bangau Parit untuk kegunaan seorang warga emas yang terlantar. Semoga dengan sumbangan katil wakaf ini dapat memberikan keselesaan, kemudahan dan manfaat kepada penerima serta meringankan sedikit beban keluarga. Semoga segala usaha kebajikan ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

En. Ab Manaff selaku Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) MTTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK BKS iaitu En. Borhan, En. Nasran, serta En. Hafizi dimana BKS telah menggunakan kenderaannya yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam urusan mengambil serta menghantar katil wakaf MTTJ kepada penerima di Kampung Bangau Parit.

Komitmen, kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala usaha dan khidmat kebajikan yang dicurahkan ini mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

“Berkhidmat Dengan Ikhlas, Membantu Dengan Kasih.”

📅 Aktiviti 9 September 2026 (Rabu)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
6.00 Petang
📍 Taman Bukit Bendera & Lorong 6, Taman Temerloh Jaya
Pada lebih kurang jam 6.00 petang, satu urusan pengambilan katil wakaf MTTJ telah dilaksanakan di Taman Bukit Bendera, Mentakab. Katil wakaf MTTJ tersebut kemudiannya dihantar ke Lorong 6, Taman Temerloh Jaya untuk kegunaan penerima yang memerlukan.

Urusan ini telah dilaksanakan oleh AJK BKS, En. AB Manaff dan En. Jasni, dengan bantuan En. Jafri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Jafri atas kesudian membantu serta menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) milik beliau bagi melancarkan urusan pengangkutan katil wakaf MTTJ tersebut.

Semoga segala usaha dan sumbangan tenaga ini mendapat ganjaran serta menjadi amal jariah kepada semua pihak yang terlibat.
× Paparan Penuh

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama