3 Oktober 2026 - Seramai 60 peserta program Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang menerima Sijil Tahap 3 selepas berjaya menamatkan pengajian yang dijalankan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, di sini.
Sijil berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Haji Abdul Razak Musa Asshaari, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Apsara Temerloh.
Hadir sama, Pengerusi MTTJ, Datuk Dr. Haji Abdullah Ismail, barisan timbalan pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid.
Kesemua peserta menerima sijil berkenaan sebagai pengiktirafan selepas mengikuti pengajian agama secara berperingkat sehingga menamatkan Tahap 3.
Program Tafaqquh Fiddin yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Pahang itu memberi peluang kepada masyarakat mendalami ilmu agama secara lebih tersusun, selain meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Penganjurannya di MTTJ juga membuka ruang kepada peserta untuk meneruskan pengajian agama melalui bimbingan tenaga pengajar sepanjang tempoh pembelajaran.
Sementara itu, pihak pengurusan MTTJ menyampaikan penghargaan kepada Yayasan Pahang, tenaga pengajar serta semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan program berkenaan.
Catat Ulasan