BKS MTTJ Terima Sumbangan Barang Dapur daripada MAIP


17 Jun 2025 – Semalam, Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (BKS MTTJ) telah menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Majlis Agama Islam Pahang (MAIP). Penyerahan berlangsung di Pasaraya Darul Makmur, sekitar jam 3.30 petang. BKS diwakili oleh En. Ab. Manaff selaku Pengerusi BSK, En. Jasni Ismail, dan En. Nasran Hussin.


Pada hari ini, bermula jam 11 pagi, proses pembungkusan barangan dapur telah dijalankan melibatkan sebanyak 20 bungkus untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.


Antara yang terlibat dalam aktiviti pembungkusan ialah En. Ab Manaff, En. Jasni, En. Azmi Ahmad, En. Hamdan Saidin, Pn.Hasnah Mat Yassin, Pn.Nurazmin Yahya dan Pn.Zaleha Haron. Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan BKS MTTJ dalam menyantuni komuniti setempat melalui bantuan kebajikan.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama