Misi Bantuan Banjir MTTJ Berlepas ke Kelantan Hari Ini


30 Disember 2024 – Delegasi "Misi Peduli Banjir" dari Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah berlepas ke Kelantan pagi ini dengan membawa sumbangan infaq banjir untuk mangsa yang terjejas di negeri tersebut. Majlis pelepasan yang berlangsung di perkarangan MTTJ telah disempurnakan dengan kehadiran Dr. Haji Abdullah Ismail serta Dato' Zainal Abidin Md Amin, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MTTJ.


Rombongan ini disertai oleh; En.Zulkanain Hashim, En. Ab. Manaff Safien (Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ BKS), Haji Hafizan Samadi (wakil Bendahari MTTJ), serta tiga orang AJK BKS iaitu, En, Jasni Ismail, En. Borhan Mohd Marzuki dan En. Nasran Hussin.


Menurut Encik Zulkanain yang juga Setiausaha MTTJ, misi ini adalah simbol keprihatinan pihak masjid terhadap saudara-saudara yang dilanda musibah di Kelantan. "Misi Peduli Banjir ini di mana masjid telah menganjurkan kutipan infaq daripada jemaah untuk membantu rakan-rakan di sana, sebagai tanda cakna kita kepada rakan-rakan kita yang mana mereka pernah melawat masjid kita sebelum ini. Ini juga sebagai tanda lawatan balas, tanda kasih sayang MTTJ kepada sahabat-sahabat yang terkesan dengan banjir," katanya.


Rombongan misi bantuan ini turut merancang untuk singgah di beberapa masjid di Kelantan dan Terengganu, yang sebelumnya pernah menjalin hubungan dengan MTTJ melalui program Lawatan Penanda Aras sebelum ini.


Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan tetapi juga mengukuhkan silaturahim antara masjid-masjid yang terlibat. MTTJ berharap usaha ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir di yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini.



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama