📅 Aktiviti 30 Julai 2026 (Khamis)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
2.00 Petang 📍 Taman Sagumpas & Bukit Langsat, Kg. Tualang |
Pada kira-kira jam 2.00 petang, Pengerusi BKS, En. Ab Manaff Safien, bersama-sama Encik Jasni dengan bantuan Encik Jefri telah mengambil sebuah katil wakaf di Taman Sagumpas setelah penerima terdahulu meninggal dunia. Katil wakaf tersebut kemudiannya dihantar kepada penerima baharu di Bukit Langsat, Kampung Tualang, yang sedang menghidap penyakit buah pinggang. Semoga kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepadanya sepanjang tempoh rawatan. Sama-sama kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. |
|
📅 Aktiviti 22 Julai 2026 (Rabu)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
5.20 Petang 📍 Taman Temerloh Makmur |
Pada kira-kira pukul 5.20 petang, ahli BKS yang terdiri daripada Pengerusi BKS En. Ab Manaff Safien, Encik Nasran, Encik Bob, Encik Jasni dan Encik Azmi telah mengadakan ziarah kasih kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Taman Temerloh Makmur. Keluarga tersebut ialah Su’aidi bin Sujarwo dan isterinya, Masihtoh binti Ismail, bersama empat orang anak mereka, iaitu Siti Nur Suaidah binti Su’aidi (15 tahun), Muhammad Danish Haikal bin Su’aidi (13 tahun), Muhammad Danish Syazwan bin Su’aidi (11 tahun), dan Muhammad Danish Zahirulhaq bin Su’aidi (7 tahun). Kebakaran tersebut berlaku pada tengah malam, 20 Julai 2026, dan dipercayai berpunca daripada masalah elektrik. Bahagian tingkat bawah rumah berkenaan telah terbakar sepenuhnya. Alhamdulillah, semua ahli keluarga berjaya menyelamatkan diri melalui pintu belakang. Dalam kunjungan tersebut, pihak BKS telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan. Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini serta dipermudahkan segala urusan. |
|
📅 Aktiviti 21 Julai 2026 (Selasa)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
4.00 Petang 📍 Taman Temerloh Jaya, Kg. Sg. Rabit & Kg. Belengu |
Pada kira-kira pukul 4.00 petang, Ahli Jawatankuasa BKS yang terdiri daripada Pengerusi BKS, En. Ab. Manaff Safien, Encik Borhan, Encik Nasran dan Encik Jasni telah memindahkan sebuah katil wakaf dari stor MTTJ ke Lorong 6, Taman Temerloh Jaya, untuk kegunaan seorang penduduk yang diserang strok. Katil tersebut merupakan sumbangan wakaf daripada Persatuan Pesara Guru Prihatin Temerloh (PPGPT), yang telah mewakafkan beberapa buah katil untuk kegunaan penduduk Taman Temerloh Jaya. Selepas selesai memindahkan katil tersebut, kami bergerak ke Kampung Sungai Rabit untuk menguruskan pemindahan sebuah lagi katil wakaf ke Kampung Belengu. Pengguna terdahulu yang mengalami kemalangan telah kembali sihat, manakala penerima baharu merupakan seorang pesakit kencing manis kronik. Semoga kemudahan katil wakaf ini dapat memberikan keselesaan kepada beliau dan semoga beliau dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan. |
|
📅 Aktiviti 10 Julai 2026 (Jumaat)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
5.00 Petang 📍 Kediaman En. Amran |
Sekitar jam 5.00 petang, sejurus selepas solat Asar, AJK BKS telah mengadakan program Ziarah Kasih ke rumah salah seorang jemaah tegar MTTJ, iaitu En. Amran. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan sakit jantung serta baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH). Ziarah tersebut disertai oleh En. Nasran, En. Jasni, En. Azmi dan saya sendiri. Dalam kunjungan itu, BKS turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada MTTJ sebagai tanda keprihatinan terhadap beliau dan keluarga. Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Nasran, memohon agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kesihatan yang berpanjangan serta mempermudahkan segala urusan En. Amran. Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan ukhuwah dan menyemai semangat saling prihatin dalam kalangan warga MTTJ. |
|
📅 Aktiviti 9 Julai 2026 (Khamis)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
9.00 Pagi 📍 MUIP |
AKTIVITI BKS – 9 Julai 2026 Pada 9 Julai 2026, sekitar jam 9.00 pagi, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), iaitu En. Bob, En. Jasni, En. Nasran dan En. Ab Manaff Safien, telah ke Pasaraya Darul Makmur (PDM) bagi mengambil sumbangan barangan keperluan dapur daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh. Bagi bulan Julai 2026, MUIP Cawangan Temerloh telah menyumbangkan sebanyak 40 set barangan keperluan dapur dengan nilai keseluruhan RM2,000.00. Sumbangan ini akan diagihkan kepada asnaf kariah MTTJ yang terpilih dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada program kebajikan bulanan yang dilaksanakan oleh BKS. Sebelum proses agihan dijalankan, semua barangan tersebut akan dibungkus semula oleh Ahli Jawatankuasa BKS bagi memudahkan urusan pengagihan kepada para penerima. BKS MTTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MUIP Cawangan Temerloh atas sumbangan yang diberikan. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian para asnaf serta menjadi amal kebajikan yang berterusan kepada semua pihak yang terlibat. |
|
|
11.00 Pagi 📍 Indah Katering |
AKTIVITI BKS – 9 Julai 2026 Pada 9 Julai 2026, sekitar jam 11.00 pagi, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah meneruskan satu lagi aktiviti kebajikan selepas selesai mengambil sumbangan barangan keperluan dapur untuk asnaf. Aktiviti tersebut melibatkan penghantaran sebuah katil mudah laras (katil wakaf MTTJ) dan sebuah kerusi roda kepada En. Amran dari Indah Catering yang sedang mengalami keuzuran kesihatan. Katil yang disimpan di stor MTTJ telah dibawa ke kediaman beliau menggunakan kenderaan En. Ab Manaff Safien memandangkan lokasi rumah penerima berhampiran masjid. Setibanya di sana, Ahli Jawatankuasa BKS telah memasang katil tersebut sehingga siap bagi memastikan ia dapat digunakan dengan segera. Ahli Jawatankuasa BKS yang terlibat dalam aktiviti ini ialah En. Ab Manaff Safien, En. Nasran, En. Bob dan En. Jasni. Keseluruhan aktiviti kebajikan pada hari tersebut selesai sekitar jam 12.00 tengah hari. Semoga sumbangan katil wakaf MTTJ dan kerusi roda ini dapat memberikan keselesaan kepada En. Amran sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan beliau. Diharapkan juga usaha kebajikan seperti ini terus menjadi wadah untuk menyantuni mereka yang memerlukan serta memperkukuhkan semangat keprihatinan dalam kalangan warga kariah MTTJ. |
|
|
5.30 Petang 📍 MTTJ |
Sekitar jam 5.30 petang, AJK BKS telah memulakan kerja membungkus semula barangan dapur sumbangan MAIP untuk diagihkan kepada golongan asnaf. Sebanyak 40 bungkusan berjaya disediakan bagi memudahkan proses agihan. Antara AJK BKS yang terlibat ialah En. Azmi, Puan Emy, Puan Hasnah, Puan Norimin serta saya sendiri. Kerja-kerja pembungkusan selesai pada jam 7.00 malam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan program ini. |
|
📅 Aktiviti 7 Julai 2026 (Selasa)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
10.00 Pagi - 12.00 Tengahari 📍 Dapur Masjid |
AKTIVITI BKS – 7 Julai 2026 Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah melaksanakan program agihan barangan keperluan dapur kepada golongan asnaf kariah pada 7 Julai 2026. Program tersebut bermula sekitar jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengah hari. Seramai 50 orang asnaf kariah MTTJ telah menerima bungkusan barangan keperluan dapur yang disediakan. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MTTJ dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian golongan yang memerlukan, di samping memperkukuhkan semangat kebajikan dan keprihatinan dalam kalangan warga kariah. Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), En. Ab Manaff Safien, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Penghargaan tersebut ditujukan kepada Setiausaha BKS, Puan Emy, serta Puan Hasnah, Puan Zaleha, Puan Norimin, En. Jasni, En. Azmi, dan En. Burhan atas kerjasama serta pengorbanan mereka dalam menjayakan urusan agihan barangan dapur kepada para asnaf. Semoga sumbangan yang dihulurkan ini dapat memberi manfaat serta sedikit sebanyak membantu memenuhi keperluan harian para penerima, di samping mengeratkan lagi semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga kariah MTTJ. |
|
Catat Ulasan