12 Mei 2026 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Temerloh Jaya), MTTJ berbesar hati apabila turut menerima jemputan menghadiri Majlis Peluncuran Jelajah Wira MADANI 2026 sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh yang telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
MTTJ diwakili oleh Pengerusinya, Dr. Haji Abdullah Ismail serta Setiausaha, Tuan Haji Zulkanain bin Hashim.
Kehadiran kedua-dua wakil tersebut juga adalah atas kapasiti mereka sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) HoSHAS Temerloh.
Untuk makluman, MTTJ sebelum ini turut menjalinkan kerjasama erat bersama pihak HoSHAS menerusi Program Hospital Mesra Ibadah. Program tersebut melibatkan penglibatan wakil masjid dalam memberi bimbingan dan panduan berkaitan ibadah kepada para pesakit, termasuk tatacara solat ketika sakit serta perkara-perkara berkaitan ibadah sepanjang menerima rawatan di hospital.
Kerjasama yang terjalin antara institusi masjid dan hospital itu dilihat mampu memperkukuhkan sokongan kerohanian dan kesejahteraan masyarakat, khususnya dalam membantu pesakit menjalani rawatan dengan lebih tenang serta terurus dari aspek ibadah.
Catat Ulasan