Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Senamrobik dan Pertandingan Pakaian Patriotik Semarakkan Sambutan Hari Malaysia di MTTJ


16 September 2026
– Biro Pendidikan dan Sahsiah Remaja Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah menganjurkan program Senamrobik dan Pertandingan Pakaian Patriotik Bawah 12 Tahun sempena sambutan Hari Malaysia, peringkat MTTJ.

Program yang berlangsung dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi itu diadakan di perkarangan luar pentas masjid serta ruang dalam masjid. Seramai 51 orang kanak-kanak menyertai program berkenaan, terdiri daripada 19 peserta lelaki dan 32 peserta perempuan.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum diteruskan dengan Pertandingan Pakaian Patriotik Bawah 12 Tahun. Para peserta tampil dengan pelbagai pakaian bertemakan patriotik sebagai tanda kecintaan dan semangat kebangsaan bersempena Hari Malaysia.

Penilaian bagi kategori lelaki dikendalikan oleh Pengerusi Biro Pendidikan dan Sahsiah Remaja, En. Mohd Zulfa'ka Sabri, bersama Ustaz Ahmad Adnan Mat Salleh dan En. Irwan bin Ismail, manakala kategori perempuan diadili oleh Hajah Nor Rosnita bt. Sidek, Pn. Nurazreen Abdul Aziz dan Pn. Normaziah Kamarudin.

Hadiah kepada para pemenang kemudiannya disampaikan oleh En. Mohd Zulfa'ka Sabri.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi ruang kepada kanak-kanak untuk beriadah dan menampilkan kreativiti, malah menjadi salah satu pendekatan Biro Pendidikan dan Sahsiah Remaja MTTJ dalam menyemai semangat patriotisme serta mengeratkan hubungan dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti setempat.

Program berakhir pada pukul 10.00 pagi.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama