Badan Khairat Kematian MTTJ
Jawatan |
Nama |
No. Tel |
Unit Info BKK |
Azam bin Aziz |
0139229861
|
Unit Info BKK |
Fendi bin Ismail |
0179403790
|
Bilangan kematian yang diuruskan oleh BKK MTTJ
Tahun |
Bilangan Kematian |
% Peningkatan |
2023 |
75 orang |
|
2024 |
108 orang |
|
2025 |
12 orang |
|
NAMA |
Badan Khairat Kematian Masjid Taman Temerloh Jaya (BKK MTJ). |
ALAMAT |
Masjid Taman Temerloh Jaya
Jalan TJ 6/7, Taman Temerloh Jaya
28000 TEMERLOH, Pahang
|
TERMA |
- BKK: Badan Khairat Kematian, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya.
- Ahli: Individu yang mendaftar sebagai ahli BKK
- Tangunggan: Tangunggan Ahli yang mendaftar seperti anak dan isteri atau orang jagaan Ahli
|
OBJEKTIF PENUBUHAN |
- Menyempurnakan keperluan tuntutan Fardhu Kifayah bagi penduduk setempat.
- Mementingkan hidup bermasyarakat dan ukhuwah Islamiah.
- Menanggung kos pengurusan jenazah dan memberi bantuan kewangan.
- Menjaga kebajikan ahli berdaftar apabila berlaku kematian.
- Mewujudkan pengurusan profesional dalam menjaga kebajikan ahli.
|
JAWATANKUASA PENGURUSAN |
- Pengerusi BKK MTJ hendaklah terdiri daripada Pegawai/AJK Masjid Taman Temerloh Jaya.
- Ahli Jawatankuasa boleh terdiri daripada ahli aktif yang dipilih oleh Pengerusi.
- Pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Biro Khairat Kematian dengan restu Pengerusi Masjid.
- Penaung Badan Khairat ialah Pengerusi Masjid atau individu yang dilantik oleh AJK Masjid.
|
KOS ASAS PENGURUSAN JENAZAH |
- Pengangkutan dari HOSHAS ke MTJ - RM 100.00
- Pengangkutan dari rumah ke MTJ - RM 100.00
- Upah Memandikan jenazah - RM 300.00
- Kelengkapan mengkafankan jenazah - RM 150.00
- Imam solat dan talkin - RM 60.00
- Upah menggali tanah kubur - RM 450.00
- Papan Liang Lahad - RM 60.00
- Pengurusan - RM 80.00
- Keseluruhan: RM1,300
|
Soalan yang kerap ditanya
Soalan
MUAT TURUN FAIL BKK
Tindakan awal sekiranya berlaku kematian
Bahagian |
Maklumat |
Langkah Awal |
- Hubungi Ambulans. Doktor akan sahkan kematian dan beri surat/borang untuk laporan ke balai polis.
- Hubungi Badan Khairat Kematian masjid atau jiran terdekat.
- Bawa IC si mati, sijil lahir, dan surat perubatan (jika ada) ke balai polis.
- Bahagikan tugasan sebelum jiran-jiran hadir.
|
Urusan di Rumah |
- Letakkan jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat, muka menghadap kiblat.
- Cuci najis atau kencing jika perlu dan salin pakaian bersih.
- Sediakan perca kain dan buat tali.
- Sapu minyak zaitun atau baby oil, urut perlahan dari muka hingga kaki:
- Rapatkan mulut, ikat dari dagu ke kepala.
- Rapatkan mata dengan urutan atau letak syiling 50 sen sementara.
- Kiamkan tangan dan ikat kemas.
- Rapatkan punggung, peha, dan betis, kemudian ikat dengan tali.
- Ikat ibu jari kaki bersama-sama.
- Tutup muka dengan kain bawal putih dan tutup seluruh badan dengan kain batik panjang.
|
Persiapan Lain |
- Siapkan dalam beg:
- Kain batik panjang: 3 helai
- Tuala: 2 helai
- Sebelum kedatangan jiran-jiran:
- Anak-anak atau waris mesti menutup aib dan bersihkan rumah dengan cepat.
- Selepas jenazah siap: Ambil kesempatan untuk membaca surah.
|
Penutup |
Wallahua'lam — Semoga bermanfaat untuk kita semua. |
Berita Khairat Kematian