Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM Bantu Tingkat Prestasi Calon SPM


20 Jun 2026 – Seramai 43 orang pelajar daripada SMK Temerloh Jaya, SBP Integrasi Temerloh dan SMK Abu Bakar telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM yang diadakan di Kelas KAFA, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari itu merupakan anjuran Biro Pendidikan dan Sahsiah Remaja MTTJ dengan kerjasama pelbagai pihak bagi membantu calon-calon SPM 2026 meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran Matematik. Program tersebut telah diselaraskan oleh Puan Siti Sumayah binti Zakaria.

Bengkel ini diadakan berasaskan keperluan untuk meningkatkan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar, memandangkan mata pelajaran tersebut merupakan antara subjek yang sering menjadi cabaran kepada ramai calon SPM. Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada teknik menjawab soalan secara lebih sistematik, strategi mengurus masa ketika peperiksaan serta kaedah memahami kehendak soalan bagi membantu mereka memperoleh keputusan yang lebih baik.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Puan Maziah binti Mamat, guru dari SMK Paya Pulai, Temerloh, yang berkongsi pelbagai tip, pengalaman dan pendekatan berkesan dalam menghadapi peperiksaan Matematik SPM. Penyampaian yang jelas dan interaktif berjaya menarik perhatian peserta sepanjang program berlangsung.

Antara rasional utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi subjek Matematik bagi calon SPM 2026, melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang akademik selain menghubungkan golongan remaja dengan institusi masjid melalui aktiviti pendidikan yang bermanfaat. 

Penganjuran bengkel seperti ini juga membuktikan bahawa masjid berperanan sebagai pusat pembangunan ilmu dan pembentukan generasi muda, selain menjadi tempat yang menghimpunkan remaja dalam suasana pembelajaran yang positif.

Penyerahan cenderahati kepada penceramah oleh En. Samsi bin Hj Tukiman (AJK Biro)

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama