Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Laporan BKS MTTJ (19, 24 ,27 Ogos 2026)

📅 Aktiviti 27 Ogos 2026 (Khamis)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
Pagi
📍 MTTJ

AKTIVITI BKS – 27 Ogos 2026

Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada MAIP Cawangan Temerloh bernilai RM2,000.00 untuk diagihkan kepada para asnaf yang berdaftar dengan MTTJ.

Barangan keperluan dapur tersebut kemudiannya dibungkus semula dalam bentuk pek bernilai RM50.00 setiap satu bagi memudahkan proses pengagihan kepada para penerima yang layak.

Proses penyediaan dan pengagihan bantuan telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa BKS yang terdiri daripada Pengerusi BKS, En. Abd Manaff Safien, Setiausaha BKS, Puan Emy, Puan Nurazmin, En. Borhan dan En. Jasni.

Program ini merupakan salah satu usaha kebajikan MTTJ melalui BKS bagi membantu meringankan beban golongan asnaf, khususnya dalam memenuhi keperluan harian mereka.

Pihak MTTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAIP Cawangan Temerloh atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan dalam membantu golongan asnaf di MTTJ.

📅 Aktiviti 24 Ogos 2026 (Isnin)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
Aktiviti Ziarah / Agihan
📍 Kg. Langsat, Tualang & TJ 2

AKTIVITI BKS – 24 Ogos 2026

Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) MTTJ yang terdiri daripada En. Abd Manaff Safien dan En. Jasni, dengan dibantu oleh En. Jefri, telah memindahkan sebuah katil wakaf dari Kampung Langsat, Tualang ke TJ 2 untuk kegunaan En. Abdullah yang sedang mengalami gout kronik dan berkemungkinan perlu menjalani prosedur pemotongan kaki.

Buat masa ini, En. Abdullah sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh. Semoga segala urusan rawatan beliau dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan oleh-Nya.

📅 Aktiviti 19 Ogos 2026 (Rabu)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
10.00 Pagi - 12.00 Tgh
📍 MTTJ

AKTIVITI BKS – 19 Ogos 2026

Seperti kelaziman, Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) MTTJ telah melaksanakan agihan bantuan barangan keperluan dapur kepada para asnaf yang berdaftar dengan MTTJ. Program ini merupakan antara usaha kebajikan yang dilaksanakan bagi membantu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.

Bagi tujuan agihan tersebut, BKS telah mengemukakan permohonan bantuan barangan keperluan dapur kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh. Permohonan tersebut telah diluluskan dengan sumbangan sebanyak 40 bungkusan barangan keperluan dapur, manakala selebihnya telah dibeli oleh pihak MTTJ bagi mencukupkan jumlah bantuan untuk diagihkan kepada para asnaf yang berdaftar.

Proses agihan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa BKS yang terdiri daripada Pengerusi BKS, En. Abd Manaff Safien, Setiausaha BKS, Puan Emy, Puan Zaleha, Puan Nurazmin, En. Jasni dan En. Borhan. Bungkusan barangan keperluan dapur tersebut telah diserahkan kepada para asnaf yang hadir.

Diharapkan bantuan yang disalurkan ini dapat membantu memenuhi keperluan harian para penerima serta sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang mereka tanggung.

×

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama