Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

HELWA MTTJ Anjur Program Memasak Bubur Asyura


8 Julai 2026 – Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah mengadakan program memasak bubur asyura sempena bulan Muharam 1448H di Dapur Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu melibatkan kira-kira 30 orang Ahli Jawatankuasa HELWA bersama sukarelawan muslimat masjid yang bergotong-royong menyediakan bahan, memasak, mengacau serta membungkus bubur asyura sehingga selesai pada kira-kira jam 1.00 tengah hari.

Sebanyak dua kawah bubur asyura berjaya dimasak dan menghasilkan kira-kira 400 bekas untuk diagihkan kepada para jemaah. Agihan bubur asyura telah dilaksanakan selepas solat Asar kepada jemaah yang hadir.

Sementara itu, Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada HELWA dan sukarelawan muslimat MTTJ atas inisiatif yang dilaksanakan. Beliau menyifatkan pengorbanan masa, tenaga dan usaha yang dicurahkan demi menghidupkan rumah Allah merupakan juga amalan mulia yang akan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Menurut beliau, komitmen yang ditunjukkan oleh HELWA amat membanggakan kerana sentiasa tampil menggerakkan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk masjid dengan penuh keikhlasan, semangat sukarela dan rasa tanggungjawab. Beliau juga berharap usaha murni seperti ini dapat diteruskan secara berterusan, menjadi inspirasi kepada lebih ramai ahli kariah untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan bakti dalam memakmurkan masjid.

Program tersebut merupakan antara aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh HELWA MTTJ sempena bulan Muharam bagi menyediakan bubur asyura untuk dinikmati oleh para jemaah.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama