Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Laporan BKS MTTJ (4, 11, 15, 26) Jun 2026

📅 Aktiviti 26 Julai 2026 (Ahad)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
6.00 Petang
📍 Kg Tualang ke Kg Tualang Ulu

Pada kira-kira jam 6.00 petang, satu urusan pemindahan katil wakaf telah dilaksanakan daripada pengguna terdahulu di Kampung Tualang ke Kampung Tualang Ulu.

Katil tersebut dipindahkan menggunakan sebuah lori milik jemaah MTTJ. Proses pemindahan telah dibantu oleh rakan BKS, En. Jefri, bagi memastikan katil itu dapat digunakan oleh seorang warga emas yang uzur di lokasi baharu.

Semoga sumbangan katil wakaf MTTJ ini dapat memberikan keselesaan dan meringankan urusan penerimanya. Mudah-mudahan segala usaha dan kebajikan yang dilakukan menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan urusan pemindahan ini.

📅 Aktiviti 15 Jun 2026 (Isnin)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
6.00 Petang
📍 Taman Temerloh Jaya Indah ke Taman Temerloh Makmur
Pada jam 6 petang tadi, jawatankuasa BKS yang diketuai oleh Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab Manaff Safien, bersama En. Jasni telah melaksanakan kerja-kerja penghantaran katil wakaf. Tugasan ini turut mendapat kerjasama daripada pemilik lori, En. Hafizie Hassan yang membantu dalam proses logistik pemindahan katil tersebut. Proses bermula dengan mengambil katil daripada Taman Temerloh Jaya Indah sebelum ia dihantar ke Taman Temerloh Makmur. Katil ini diserahkan kepada seorang warga emas yang mengalami kecederaan patah pinggul paha. Diharapkan kemudahan katil wakaf ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada penerima dalam menjalani proses pemulihan.

📅 Aktiviti 11 Jun 2026 (Khamis)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
9.00 Pagi
📍 Taman Jaya 4 ke Kampung Tan Sri Yahya, Songsang
Sekitar jam 9.00 pagi, Ahli Jawatankuasa BKS, Encik Jasni, telah mengetuai dan menyelia urusan pemindahan sebuah katil wakaf dari Taman Jaya 4 ke sebuah kediaman di Kampung Tan Sri Yahya, Songsang, Temerloh. Inisiatif kebajikan ini dilaksanakan ekoran permohonan daripada salah seorang jemaah MTTJ tersebut bagi kegunaan bondanya yang sudah lanjut usia serta sedang uzur akibat komplikasi penyakit jantung, darah tinggi dan asma. Melalui penyerahan kemudahan ini, pihak BKS berharap ia dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada warga emas berkenaan, sekali gus mempermudah urusan penjagaan harian serta rawatan sokongan di rumah sepanjang tempoh pemulihannya.
6.00 Petang
📍 Lorong TJ 5/4 ke Kampung Tualang Ulu
Sekitar jam 6.00 petang, Ahli Jawatankuasa BKS, Encik Jasni dan Encik Borhan, telah menyelia dan menguruskan pergerakan pemindahan sebuah katil wakaf dari Lorong TJ 5/4 ke Kampung Tualang Ulu. Kemudahan katil wakaf ini diserahkan khusus bagi kegunaan seorang pesakit yang amat memerlukan keselesaan setelah baru sahaja selesai menjalani pembedahan buah pinggang. Urusan logistik dan pengangkutan dilakukan dengan menggunakan khidmat lori kepunyaan Encik Hafize Bin Hassan. Pihak BKS berharap agar sumbangan aset wakaf ini dapat memberikan keselesaan maksimum kepada pesakit sepanjang tempoh fasa pemulihan.

📅 Aktiviti 4 Jun 2026 (Khamis)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
5.30 Petang
📍 TJ 2/3 Taman Temerloh Jaya
Pemindahan Katil Wakaf: Lebih kurang jam 5.30 petang, pihak BKS telah mengambil sebuah katil di rumah En. Samingin Yaacob (TJ 8/2) yang sebelum ini mengalami kecederaan paha. Katil berkenaan kemudiannya terus dihantar ke rumah Puan Ramizah di TJ 2/3 Taman Temerloh Jaya yang sedang mengalami serangan stroke. Semoga dengan kemudahan katil wakaf MTTJ ini dapat memberi keselesaan kepada Puan Ramizah dalam proses penyembuhan. Urusan pengambilan dan penghantaran katil ini telah diselia sepenuhnya oleh AJK BKS iaitu En. Nasran dengan menggunakan khidmat lori En. Mizi. Keseluruhan aktiviti selesai dengan lancar sekitar jam 6.00 petang.
× Paparan Besar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama