| Tarikh | Penceramah | Tajuk |
|---|---|---|
| 30/12/2024 | Ustaz Razemi Kasim | — |
Nota Kuliah
Asmaul Husna
“Dan milik Allah lah nama-nama yang terbaik, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dalam menyebut nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.”— Surah Al-A'raf (7:180)
Kita digalakkan untuk berdoa dengan menyebut nama-nama Allah SWT yang baik, sebagaimana hadis dari Nabi SAW;
"Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu. Barang siapa yang menghafalnya, maka dia akan masuk syurga." — HR.Bukhari no. 2736; Muslim no. 2677.
Sesungguhnya Allah itu Witir (tunggal) dan Dia menyukai witir. Kata witir juga dapat dibaca sebagai witrun atau watrun, yang bermaksud "tunggal" atau "tidak ada yang menyamai-Nya". Makna ini menunjukkan bahawa Allah tidak mempunyai sekutu atau tandingan.
Ketika disebutkan bahawa Allah menyukai witir, ini menunjukkan keutamaan melakukan amalan yang ganjil, seperti dalam ibadah dan ketaatan. Sebagai contoh, Allah mewajibkan solat lima waktu yang ganjil, dan juga menetapkan bersuci tiga kali, serta banyak amalan ketaatan lainnya yang bersifat ganjil. Selain itu, banyak ciptaan-Nya yang bersifat ganjil, seperti langit, bumi, laut dan hari-hari dalam seminggu yang mempunyai 7 kesemuanya.
Dengan mengetahui nama Allah, ia adalah jalan untuk mengenali Allah SWT di samping itu mendapat beberapa kelebihan yang besar, Allah berfirman;
"Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mahaagung." — Surah Al-Waqi'ah (56:74)
Cara bertasbih kepada Allah antaranya ialah dengan sentiasa menyebut nama Allah.
diriwayatkan dari Nabi SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu. Barang siapa yang menghafalnya, maka dia akan masuk syurga." — HR.Bukhari, no. 2736; Muslim, no. 2677. (ulangan)
Yang dimaksudkan dengan menghafalnya ialah; dengan memahami maksud-maksudnya.
NAMA-NAMA ALLAH
Allah
Nama Allah yang terbaik ialah Allah dan ia disebut sebanyak 2,296 kali (?) di dalam Al-Quran.
Nama Allah tidak digunakan oleh sesiapapun kecuali Allah sahaja. Hatta pada zaman Jahiliah juga, masyarakat pada masa itu tidak menggunakan nama Allah sebagai nama manusia.
Allah berfirman;
الله لا إله إلا هو الØÙŠ Ø§Ù„Ù‚ÙŠÙˆÙ…"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan" — Surah Al-Baqarah (2:255)
Ayat ini menegaskan bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, yang Maha Hidup dan Maha Mengurus segala sesuatu dengan sempurna.
"Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku" — Surah Ta-Ha (20:14)
Ar-Rahman (Maha Pemurah)
Allah memberikan segala bentuk nikmat kepada manusia dan seluruh makhluknya, berakal atau tidak berakal, yang baik atau yang jahat, yang beriman (Islam) atau tidak (bukan Islam).
Ar-Rahim (Yang Maha Penyayang)
Sifat Ar-Rahim adalah spesifik daripada Ar-Rahman. Jika Ar-Rahman menunjukkan kasih sayang Allah yang luas meliputi seluruh makhluk, maka Ar-Rahim menunjukkan kasih sayang yang khusus kepada orang-orang yang beriman, terutama di akhirat kelak.
Membaca Bismillahirrahmanirrahim untuk memulakan sesuatu perkara adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam iaitu apabila hendak melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang baik dan tidak untuk perkara yang haram.
Al-Malik
Menggambarkan kekuasaan-Nya sebagai Raja yang memiliki segala sesuatu di langit dan bumi. Allah adalah Pemilik mutlak segala ciptaan, berhak mengatur dan menentukan segala urusan tanpa bergantung kepada makhluk-Nya. Dia mengatur alam semesta dengan hikmah, keadilan, dan tanpa batasan (berkuasa penuh).
Al-Quddus (Yang Maha Suci)
Maha Suci dari kecacatan dan kekurangan.
Kita digalakkan memperbanyak bacaan seperti "Subhanal Malikul Quddus" adalah kalimat pujian yang menggambarkan kesucian dan keagungan Allah sebagai Raja yang Maha Suci.
As-Salam (Yang Maha Menyelamatkan)
Allah merupakan penyelamat kepada seluruh makhluk, penyelamat hakiki yang perlu dipohon keselamatan daripada-Nya. Makhluk-makhluk yang dimaksudkan bukan hanya manusia sahaja, tetapi meliputi haiwan-haiwan dan sebagainya. Haiwan seperti katak, burung sebenarnya bertasbih kepada Allah dengan ucapan mereka sendiri.
Al-Mu'min (Maha Memberi Keamanan)
Allah memberi balasan baik kepada mereka yang taat (beriman) dan balasan tidak baik bagi yang menentang syariatNya.
Sebutan Kalimah Tauhid
Sebutan "La ilaha illallah" yang baik adalah dengan bacaan dua setengah harkat (paling baik enam harkat). Namun, pada hari ini, masyarakat sering menyebutkan kalimat tersebut tanpa mengikuti aturan harkat yang disarankan, terutamanya dalam majlis Tahlil. Jika hal ini berlaku, seeloknya bacaan tersebut dibaca dengan harkat yang betul walaupun bilangan harkatnya sedikit, daripada membacanya dengan cepat tetapi tidak memberi apa-apa faedah.
Gambar-Gambar
Nota

Catat Ulasan