150 Peserta Meriahkan Fun Walk Terbuka Jejak Israk Mikraj MTTJ 2026



17 Januari 2025 — Program Fun Walk Terbuka yang diadakan sempena Program Jejak Israk Mikraj MTTJ 2026 berlangsung meriah pada pagi ini dengan penyertaan seramai 150 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Program yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim komuniti ini telah diadakan di perkarangan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ).


Larian santai sejauh kira-kira dua kilometer (2KM) itu telah dirasmikan oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail. Para peserta memulakan laluan dari perkarangan MTTJ dan seterusnya melalui Jalan TJ 6/7, TJ 6/9, TJ 6/8, TJ 8 serta TJ 9 sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.


Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk beriadah secara sihat, malah menjadi platform menyemarakkan penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj dalam suasana santai, ceria dan penuh kebersamaan. Penganjuran Fun Walk Terbuka ini turut mencerminkan komitmen MTTJ dalam menjayakan aktiviti berteraskan kesejahteraan fizikal dan rohani masyarakat setempat. 


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama