Majlis Pra-Penyerahan Kabin KAFA IMTIYAZ MTTJ


7 Januari 2025  Majlis Pra-Penyerahan Kabin KAFA Imtiyaz Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah berlangsung di parkir C MTTJ pada pagi ini.


Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini menyaksikan simbolik penyerahan kabin oleh Pengerusi KAFA Imtiyaz, Tuan Haji Zulkarnain bin Hashim kepada Guru Besar, Ustazah Fazidah Kamarudin.


Untuk rekod, KAFA Imtiyaz MTTJ mula menerima kabin baharu tersebut pada 16 Disember 2025 lalu, melibatkan kos keseluruhan RM64,500 termasuk kerja-kerja ubah suai dalaman dan pendawaian bagi memastikan kemudahan yang lebih selesa serta selamat untuk para murid.


Setiap kabin dianggarkan mampu menampung kira-kira 35 orang murid, sekali gus menyediakan ruang tambahan yang amat diperlukan berikutan pertambahan jumlah pelajar. Kemudahan ini dijangka mula digunakan pada sesi persekolahan 2026.


Turut hadir dalam majlis pra-penyerahan ini ialah Guru Besar KAFA Imtiyaz, Ustazah Fazidah Kamarudin, bersama barisan guru-guru KAFA Imtiyaz MTTJ yang menyambut baik usaha ini sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan pendidikan agama anak-anak kariah.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama