13 Feb 2026 – Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Taman Temerloh Jaya (MTTJ) dipilih sebagai lokasi agihan Program Juadah Makmur bagi daerah Temerloh hari ini.
Pemilihan masjid ini dibuat dalam pelaksanaan giliran program yang melibatkan masjid-masjid terpilih di seluruh negeri. Langkah itu bagi memastikan manfaat agihan makanan percuma dapat dinikmati komuniti setempat secara menyeluruh.
Program Juadah Makmur merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang sejak 2022 di bawah pimpinan Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail, dengan peruntukan sebanyak RM8.5 juta.
Agihan juadah menyasarkan jemaah solat Jumaat kariah MTTJ.
Catat Ulasan