18 Februari 2026 (1 Ramadan 1447) – Permulaan Ramadan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) disambut penuh meriah sebagai tanda masuknya bulan yang dinanti-nantikan umat Islam.
Seawal waktu Isyak, ahli kariah mula memenuhi segenap ruang solat utama dan melimpah sehingga ke bahagian foyer masjid. Suasana ini menjadi pemandangan lazim setiap kali hadirnya Ramadan, apabila kehadiran jemaah meningkat berbanding bulan-bulan biasa.
Sementara itu, Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ dalam ucapannya menyeru agar Ramadan dijadikan medan memperkukuh kekuatan rohani secara berjemaah. Beliau mengingatkan bahawa manusia tidak kuat jika bersendirian, justeru kehadiran ke masjid untuk solat fardu lima waktu, membaca al-Quran dan menghidupkan malam dengan tarawih serta witir bersama imam perlu dijadikan amalan berterusan sepanjang bulan Ramadan.
Beliau turut menekankan agar momentum kehadiran yang tinggi pada awal Ramadan bukan sahaja dikekalkan, malah dipertingkatkan khususnya pada sepuluh malam terakhir. Menurutnya, komitmen istiqamah dalam memakmurkan masjid menjadi antara tanda kesungguhan dalam mencari keredaan Allah SWT.

Catat Ulasan