Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Masjid Temerloh Jaya



9 Oktober 2025 — Program Sambutan Hari Warga Emas peringkat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, berlangsung meriah di foyer masjid pagi tadi.


Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan Encik Safari Harun, Bendahari MTTJ, bertindak sebagai pengacara majlis. Bacaan doa dipimpin oleh Imam Haji Hussin Mohamed, diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail.


Lebih 100 orang ahli kariah dan warga emas hadir memeriahkan sambutan tersebut yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Premier Chenang Bera, ujian sarcopenia bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas, pertandingan teka silang kata, sukaneka, senaman kardio serta cabutan bertuah.


Aktiviti ujian sarcopenia dan senaman kardio dikendalikan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi, Coach Tengku Haziana binti Tengku Harun, dengan dibantu oleh Coach Nurul Nadhirah dari Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.


Program yang bertujuan meraikan serta menghargai sumbangan warga emas ini berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.





247 gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama