Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
06/07/2025 | Ustaz Hairulazam Abd Rahman | — |
Nota Kuliah
Ayat 88: "Dan mereka (orang kafir) berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak.'"
Ayat 89: "Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar."
Ayat 90: "Hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh,"
Ayat 91: "Kerana mereka mendakwa (bahawa) Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak."
Ayat 92: "Padahal tidaklah layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak."
Ayat 93: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba."
Ayat 94: "Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti."
Ayat 95: "Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri."

Isi Utama | Huraian |
---|---|
Dakwaan Allah mempunyai anak | Allah mengecam dakwaan golongan yang mengatakan bahawa Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Langit hampir pecah dan gunung hampir runtuh akibat kemurkaan terhadap ucapan yang batil ini. |
Cabaran dakwah Nabi SAW | Ayat ini menggambarkan cabaran besar yang dihadapi oleh Nabi SAW apabila musuh-musuh Islam bukan sahaja menolak ajaran Baginda, malah mencipta fitnah terhadap Allah dan agama Islam. |
Penolakan terhadap konsep anak bagi Tuhan | Allah menegaskan bahawa tidak wajar seseorang menyatakan bahawa Dia mempunyai anak, kerana konsep ini bertentangan dengan sifat kesempurnaan Tuhan. |
Hadis mengenai kesabaran Allah | Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Kathir, Nabi SAW menyatakan bahawa tiada sesiapa yang lebih sabar daripada Allah, meskipun manusia sering menyandarkan kepada-Nya perkara yang tidak benar. |
Amaran hari perhitungan | Allah memberi amaran bahawa setiap manusia akan kembali kepada-Nya sebagai seorang hamba. Tiada seorang pun yang akan ditinggalkan dan semuanya akan datang dalam keadaan bersendirian. |
Hari pertemuan dengan Allah | Detik ini adalah kemuncak pendidikan iman. Setiap insan akan sibuk dengan urusan masing-masing (nafsi-nafsi) dan hanya yang benar-benar rindu kepada pertemuan dengan Allah akan bersedia untuk menghadapi kematian dengan jiwa tenang. |
Gambar-Gambar

Nota

Catat Ulasan