MTTJ Terima Kunjungan Delegasi Jabatan Agama Islam Sarawak


2 Julai 2025 —
 Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), aman Temerloh Jaya, hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dalam satu program lawatan penanda aras.


Delegasi seramai 18 orang yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JAIS, Ustaz Abg Borhanudin bin Abg Ahmad Masuinie, disambut mesra oleh pihak pentadbiran masjid. Rombongan kemudiannya dibawa ke Dewan Seminar MTTJ untuk menghadiri sesi taklimat penanda aras.


Majlis yang diacarakan oleh Tuan Haji Zulkanain Hashim yang juga Setiausaha MTTJ ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Qadi Daerah Temerloh, Ustaz Abdul Aziz Abdul Karim, diikuti taklimat penanda aras yang disampaikan oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail, yang membentangkan amalan pengurusan masjid serta peranan komuniti dalam mengimarahkan institusi tersebut.


Sesi diteruskan dengan ucapan Ketua Delegasi JAIS, Ustaz Abg Borhanudin Abg Ahmad Masuinie, yang menyampaikan penghargaan atas sambutan yang diberikan serta menyatakan hasrat lawatan sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman.


Turut hadir mewakili MTTJ ialah Dato’ Zainal Abidin Md. Amin (Timbalan Pengerusi), Tuan Haji Zulkanain Hashim (Setiausaha), En. Zulhanee Mohamed (Timbalan Setiausaha), En. Ab. Manaff Safien (AJK Masjid), Tuan Haji Hussin Mohamed (Imam II), Tuan Haji Rosly Harun (Bilal II), Tuan Haji Hafizan Samadi (Ketua Skuad Penyambut Tetamu MTTJ), serta Puan Nursiah Luchman (Pembantu Tadbir) dan AJK Biro Muslimat MTTJ.


Majlis diserikan dengan sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai tanda kenangan dan jalinan ukhuwah. Sesi bergambar kenang-kenangan turut diadakan sebelum majlis ditamatkan pada jam 5.00 petang.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama