Pengerusi MTTJ Panel Forum Muqarrabin Peranan Masjid Dalam Masyarakat Madani


2 Disember 2024 — Forum bertajuk "Peranan Masjid dalam Masyarakat Madani" telah berlangsung di Masjid Taman Sri Semantan, Temerloh pada malam ini selepas solat Maghrib. 

Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), Dr. Abdullah Ismail telah diundang sebagai panel dalam forum ini atas reputasi beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang (2023), dan seorang penggiat agama. Seorang lagi panel yang terlibat ialah Ustaz Alwi Muda, Pengarah Yadim Pahang.

Forum ini dianjurkan oleh Masjid Taman Sri Semantan dengan kerjasama beberapa organisasi, termasuk Pertubuhan Peduli Progresif, YADIM Pahang, Kelab Kebajikan Pendidik Prihatin Temerloh (PENDIDIK), Rumah Ngaji Barokah, dan Ikram Teen. 

Selain itu, program ini turut dirakam untuk siaran di Pahang FM.
 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama