

Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
4 Disember 2024 | Ustaz Mohd Asri Awang | Fiqh Manhaji Mazhab Shafie |
Nota Kuliah
JAMAK & QASAR
Mukadimah
Allah menguji harta dan nyawa kita dengan mengambil sebahagian daripada ahli keluarga, tanaman, hasil bumi, dan ternakan. Namun, berita gembira adalah untuk mereka yang sabar. Orang beriman, apabila diuji, mereka bersabar dan berkata: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali."
Setiap musibah, termasuk banjir, adalah peringatan dari-Nya. Di tempat kita, tiada jaminan selamat daripada banjir. Ambillah pengajaran daripada kejadian di Kelantan yang berlaku dengan pantas sehingga ramai tidak sempat membuat persiapan.
Musibah seperti banjir ini mengingatkan kita bahawa kematian boleh datang tanpa amaran. Oleh itu, Allah memerintahkan kita untuk sentiasa bersiap sedia dengan bekalan amal soleh dan takwa, kerana itulah sebaik-baik bekalan. Persiapkanlah diri dengan amalan yang membentuk jiwa bertakwa. Perhatikan keadaan sekeliling, seperti sungai yang semakin naik, sebagai peringatan untuk sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.
Banjir boleh diibaratkan seperti kematian yang datang tanpa diduga. Sama seperti malaikat yang diutus untuk mengambil nyawa, musibah seperti ini datang dengan tiba-tiba.
Ramai yang mungkin sudah tahu bahawa banjir akan datang, namun mereka menjangkakan ia tidak akan berlaku. Dalam sekelip mata, ramai tidak sempat menyelamatkan apa-apa atau membuat persiapan, sehingga hanya mampu melihat dalam keadaan bingung.
Begitulah gambaran bagaimana kematian datang. Allah telah menunjukkan kepada kita bagaimana kematian itu datang di depan mata, dan kita tidak mampu menahannya. Tidak ada seorang pun yang selamat daripadanya.
Kerana itu, kita harus sentiasa bersiap sedia mempersiapkan diri dengan amal ibadah yang ikhlas dan berdasarkan ilmu, kerana sebaik-baik bekalan adalah takwa.
Situasi 1
Situasi: Status jamak dan qasar, anak yang belajar di universiti apabila pulang ke kampung
Anak yang belajar di universiti boleh jamak dan qasar sepanjang perjalanan pulang ke kampung jika jaraknya memenuhi syarat musafir. Apabila tiba di rumah ibu bapa (kampung), solat jamak dan qasar tidak dibenarkan kerana dia telah pulang ke rumah asalnya.
Situasi 2
Situasi: Bila boleh bermula solat jamak qasar?
Solat jamak boleh dilakukan sebaik sahaja dia telah keluar dari sempadan tempat tinggalnya, meskipun belum mencapai jarak 2 marhalah.
Situasi 3
Situasi: Suami dan isteri berjauhan.
(Contoh) suami yang bekerja di Sarawak, isteri di Kuala Lumpur. Si suami dikira mempunyai dua mukim, dan dia tidak dibenarkan jamak dan qasar di rumahnya di Sarawak dan juga apabila balik ke rumah yang ada isterinya di Kuala Lumpur.
Gambar-Gambar



Nota

Catat Ulasan