INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kuliah Subuh 8 Februari 2025, Ustaz Dr. Abd Bakar Jaafar

Tarikh Penceramah Tajuk
08/02/2025 Ustaz Dr. Abd Bakar Jaafar

Nota Kuliah

Seorang yang melakukan kesalahan akan ada titik hitam dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, maka bersih kembali hatinya. Hadis:


"Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan satu dosa, akan terbentuk satu titik hitam di dalam hatinya. Jika dia meninggalkannya, memohon keampunan, dan bertaubat, hatinya akan kembali bersih." (HR. Tirmidzi no.3334)

Antara penyakit hati:  

Berkata perkara yang tidak perlu dan berlebihan.  
Berkata perkara yang ada manfaat (berasa diri bagus)  
Perkataan yang ada padanya manfaat dan mudarat.  
Perkataan yang tiada manfaat dan tiada mudarat.  (lebih baik diam)
Rasulullah SAW bersabda; 


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (HR. Bukhari no.6018)

Berdasarkan hadis ini dapat difahami bahawa dia itu sebenarnya adalah ibadat kerana memenuhi kehendak Nabi SAW yang menyatakan lebih baik diam dari berkata yang tidak perlu. Malam hal itu juga boleh disifatkan sebagai zikir (mengingati Allah)



PENGLIHATAN YANG BERLEBIHAN (MELIHAT SESUATU SECARA BERLEBIHAN)


Allah SWT berfirman;

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk."(Al-Isra' 17:32)


Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda dengan maksudnya:  

"Sesungguhnya telah ditetapkan ke atas anak Adam bahagiannya daripada zina, dia pasti akan mendapatkannya (tidak dapat dielakkan). Maka zina mata adalah dengan melihat, zina lisan adalah dengan berbicara, jiwa berkeinginan dan bernafsu, dan kemaluan sama ada membenarkan perkara tersebut atau menafikannya." (HR Muslim, no.2657)


Pada lidah, zinanya terletak pada kata-kata yang diucapkan. Mata, zinanya pada pandangan yang tidak dijaga. Telinga pula melakukan zina melalui pendengarannya terhadap perkara yang haram. Kaki melangkah menuju maksiat, menjadikan ia turut berzina dengan pergerakannya. 


Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama