Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Lawatan Penanda Aras dari AJK Masjid Kg. Butut, Kuala Berang Terengganu



7 Februari 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) menerima kunjungan seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kg. Butut, Kuala Berang, Terengganu, dalam satu sesi kunjungan mesra pada malam ini.


Rombongan tersebut diraikan di bilik mesyuarat MTTJ selepas solat Isyak. Pihak MTTJ diwakili oleh Setiausaha Masjid, En. Zulkanain Hashim, Bendahari, Tuan Haji Hassan Samadi, serta Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial, En. Ab Manaff Safien, yang turut bertindak sebagai penyambut tetamu.


Dalam sesi tersebut, taklimat berkenaan model pengimarahan masjid yang digunapakai oleh MTTJ telah disampaikan bersama oleh En. Zulkanain dan Tuan Haji Hassan Samadi. Sesi soal jawab turut diadakan bagi berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan masjid.


Perjumpaan berakhir pada pukul 10.30 malam.


Senarai AJK Masjid Butut, Kuala Berang Yang Hadir

Pengerusi: Tuan Hj. Dr. Mohd Ala-Uddin Othman
Tim Pen: En. Mohd Nasir Abdullah
Setiausaha: En. Hassan Abd Rashid
Bendahari: En.Mohd Amran Awang

AJK Masjid

Tuan Hj. Ismail Ahmad
Tuan Hj. Abu Bakar Nasir
En. Kamaruddin Musa
En. Wan Mohd Syah Wan Daud
En. Kamaruzaman Abdullah




0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama