| Tarikh | Penceramah | Tajuk |
|---|---|---|
| 04/01/2025 | Ustaz Mohd Firdaus Mohd Azmy | — |
Nota Kuliah
Perang Mu'tah
(Jarak 966km dari Madinah)
Rasulullah SAW menghantar tentera seramai 3,000 orang ke Muktah, dipimpin oleh tiga panglima untuk melawan 200,000 orang tentera Rom. Mereka ialah:
- Zaid bin Harithah
- Jaafar bin Abi Talib
- Abdullah bin Rawahah
Mengukur jumlah 3,000 orang melawan 200,000 tentulah pasukan Islam akan kalah. Namun jika kita merujuk surah Al-Baqarah:
"Mereka berkata: 'Kami tidak berdaya untuk melawan Jalut dan tenteranya pada hari ini.' Tetapi mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah berkata: 'Berapa banyak golongan kecil yang telah mengalahkan golongan besar dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang sabar.'" — Al-Baqarah 2:249
Di kalangan suku Arab antaranya; Sulaim, Asyja dan Muzainah. Mereka mengatakan tindakan berperang dengan tentera Rom merupakan tindakan yang gila, kerana Rom merupakan kerajaan lama yang sudah kuat, sementara itu Islam merupakan kerajaan yang baru hendak dibina.
Dalam perang tersebut, kesemua panglima Islam iaitu; Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah telah gugur syahid. Melihat panji Islam hampir jatuh dan pasukan Islam dalam keadaan mencemaskan, Tsabit bin Aqram segera mengangkat panji tersebut. Beliau menyerahkan panji tersebut kepada Khalid Al-Walid dan dipersetujui oleh semua sahabat yang lain. Sebaik mendapat mandat tersebut, Khalid Al-Walid telah mengubah kedudukan tentera Islam hingga mengelirukan pasukan musuh.
Khalid Al-Walid pernah menceritakan tentang kedahsyatan perang Mu'tah di mana 9 bilah pedang beliau patah dalam peperangan tersebut.
Dengan kepimpinan serta strategi perang yang bijak oleh Khalid Al-Walid, tentera Islam berjaya menewaskan pasukan musuh, dan hanya 12 orang daripada 3,000 tentera yang gugur syahid.
Peristiwa selepas Perang Mu'tah: Berlaku Fathul Mekah.
Surah An-Nasr
Ayat 1: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,"
Ayat ini menunjukkan keistimewaan pertolongan Allah dalam peristiwa Fathul Mekah. Pengasingan pertolongan Allah dan kemenangan menunjukkan ia sesuatu yang istimewa. Sedangkan kita mengetahui bahawa apabila datang pertolongan Allah, sudah tentulah akan menang.
Sebagaimana contoh dalam Surah An-Nasr:
Ayat 4:تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّنْ كُلِّ أَمْرٍ"Pada malam itu turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan."
Maksud:
Malaikatuh: Malaikat
Ar-Ruh: Jibril
Dalam ayat ini, walaupun Jibril juga malaikat, tetapi ia tidak dimasukkan ke dalam perkataan 'Malaikatuh' kerana Jibril merupakan malaikat yang istimewa dalam banyak-banyak malaikat.
Peristiwa Fathul Mekah berkait rapat dengan Perjanjian Hudaibiyah sebelum itu, di mana antara perjanjian yang dipersetujui ialah;
Perjanjian ini menetapkan bahawa kedua belah pihak akan berhenti berperang dan mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Selain itu, perjanjian ini memberi kebebasan kepada suku-suku Arab untuk memilih sekutu mereka.
Suku Bani Khuzaah memilih untuk bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin, sementara suku Bani Bakar memilih untuk bersekutu dengan kaum Musyrik (Quraisy).
Perbuatan tersebut membuatkan pihak Islam marah kerana kaum Musyrik telah melanggar penjanjian, sedangkan Nabi Muhammad SAW sangat berpegang pada janji sebagaimana seorang lelaki bernama Abu Jandal di Mekah telah memeluk Islam dan ingin tinggal ke Madinah, tetapi tidak dibenarkan kerana menurut Perjanjian Hudaibiyah, orang dari Mekah mesti dipulangkan jika mereka lari dari Mekah. Nabi SAW berpegang pada janji, dan selari dengan firman Allah;
"Dan mereka yang menjaga amanah-amanah dan janjinya."—Surah Al-Mu’minun, 23:8Allah berfirman dalam surah yang sama;"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,"—Surah Al-Mu’minun, 23:1
Dan seterusnya Allah berfirman bahawa orang yang menunaikan janji akan dikurniakan syurga Firdaus;
"Mereka itulah orang-orang yang mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."—Surah Al-Mu’minun, 23:11
Bani Khuzaah telah datang menemui Nabi untuk mengadukan hal tersebut. Lalu Nabi menyiapkan orang-orang Islam menuju ke Mekah.
Ketika umat Islam bersiap sedia untuk membuka Kota Mekah dalam peristiwa Fathul Mekah, terdapat satu insiden yang hampir menggagalkan rancangan besar tersebut. Hatib bin Abi Balta'ah, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, telah menghantar surat kepada Quraisy Mekah untuk memberi amaran mengenai rancangan Nabi Muhammad SAW untuk menakluk Mekah.
Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidina Zubair bin al-Awwam memintas surat tersebut sebelum sampai ke Mekah.
Setelah disoal siasat, akhirnya Hatib bin Abi Balta'ah memberitahu Nabi bahawa dia berasa risau kerana keluarganya masih tinggal di Mekah dan dia bimbang tentang keselamatan mereka. Nabi memaafkannya Hatib, tambahan pula dia ialah salah seorang dari 313 orang tentera Perang Badar.
Apabila rombongan Nabi SAW berjaya memasuki Mekah, Nabi memerintahkan para sahabat memecahkan berhala yang ada di keliling Kaabah.
Nabi kemudian membacakan ayat di bawah kepada kaum Musyrik Mekah:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti." —Surah Al-Hujurat, 49:13
Nabi tinggal di Mekah selama 19 hari, dan selama tempoh itu Nabi SAW telah mengirimkan pasukan ke seluruh tempat di dalam Mekah untuk memusnahkan berhala.
Gambar-Gambar
Nota
Catat Ulasan