2 Januari 2025 — Program Ukhuwah Bulanan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), sekali lagi berlangsung dengan penuh meriah pada malam ini.
Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat khusus untuk anak-anak KAFA MTTJ yang bakal menduduki peperiksaan UPKK pada 6 hingga 9 Januari ini, dan juga untuk ahli kariah yang sedang diuji dengan musibah penyakit.
Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd Ghani.
Selepas solat Isyak, para jemaah dihidangkan dengan juadah istimewa yang disediakan oleh Team Dapur MTTJ sebagai penutup program pada malam ini sebelum bersurai.
Pihak pengurusan MTTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Catat Ulasan