Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Laporan BKS MTTJ, 1 Dan 7 April 2026

📅 Aktiviti 1 April 2026 (Rabu)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
10.00 PAGI - 12.00 TGH
📍 Dapur Masjid
Agihan Bulanan Barang Dapur: Aktiviti agihan bulanan barang keperluan dapur telah dilaksanakan kepada 50 orang asnaf yang berdaftar dengan MTTJ. Semua kos pembelian adalah hasil sumbangan dan sedekah daripada ahli kariah MTTJ. Agihan berjalan dengan teratur dan selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.

Pelaksanaan (6 AJK BKS):
  • En. Azmi Ahmad
  • En. Jasni Ismail
  • Pn. Hasnah Mat Yassin
  • Pn. Nurazmin Yahya
  • Pn. Zaleha Haron
  • Diketuai oleh Setiausaha BKS, Pn. Emy Nadiah Azman

📅 Aktiviti 7 April 2026 (Selasa)

Masa & Lokasi Butiran Aktiviti Galeri Gambar
6.00 PETANG
📍 Teluk Ira ke Taman Temerloh Jaya Indah
Pemindahan Katil BKS: Sebuah katil telah dipindahkan untuk kegunaan isteri Tuan Ismail (berpakaian hitam) yang sedang menghidap penyakit kencing manis dan memerlukan kemudahan tersebut bagi tujuan penjagaan kesihatan di rumah.

Pelaksanaan: Pemindahan katil ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama peminjam terdahulu yang telah bersetuju untuk menghantar sendiri katil berkenaan. Tiada sebarang kos pengangkutan dikenakan sepanjang proses ini.
×

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama