Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kemeriahan 1 Syawal di MTTJ



21 Mac 2026 – Suasana 1 Syawal di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, berlangsung meriah dengan kehadiran jemaah yang mula memenuhi masjid sejak awal pagi.


Seawal subuh, orang ramai sudah hadir bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kehadiran jemaah yang ramai menyebabkan segenap ruang masjid dipenuhi, termasuk dewan solat utama, foyer serta kawasan luar masjid yang turut menampung limpahan jemaah.


Suasana penuh ukhuwah apabila jemaah saling bermaafan dan bertukar ucapan hari raya selepas selesai menunaikan solat.


Media MTTJ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kariah MTTJ.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama