16 Mac 2026 – Seramai 40 penerima asnaf menerima sumbangan dalam Majlis Sumbangan Asnaf Yayasan Nurjiwa Berkolaborasi dengan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) 2026 yang berlangsung di foyer masjid tersebut pada pagi Isnin.
Program kebajikan yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dianjurkan sebagai usaha membantu golongan memerlukan serta mengeratkan kerjasama antara Yayasan Nurjiwa dan pihak MTTJ dalam memperkukuh aktiviti kebajikan masyarakat setempat.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 9.00 pagi sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Encik Safri Harun.
Seterusnya, Pengerusi MTTJ Dr. Haji Abdullah Ismail, menyampaikan ucapan diikuti wakil daripada Yayasan Nurjiwa, Haji Mohd Nizam bin Zainal yang menzahirkan komitmen berterusan dalam membantu golongan asnaf melalui pelbagai program kebajikan.
Kemuncak majlis ialah penyampaian sumbangan kepada 40 penerima asnaf yang telah dikenal pasti melalui pangkalan data Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ (BKS).
Sesi fotografi bersama para penerima dan penganjur turut diadakan sebelum majlis bersurai sekitar jam 11.15 pagi.
Program ini diharapkan dapat membantu meringankan beban golongan asnaf di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara institusi masjid dan badan kebajikan dalam usaha memperkasa kesejahteraan masyarakat.
Catat Ulasan