Bantuan Katil Mudah Alih BKS MTTJ Untuk En. Shahrul (TJ Indah)

6 Disember 2024 — Pada petang ini, diketuai oleh En. Ab Manaff Bin Safien, Pengerusi Biro Kebajikan Dan Sosial, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (BKS MTTJ) dan beberapa orang AJK yang berkelapangan telah melaksanakan tugas mengambil dan menghantar sebuah katil mudah alih ke rumah En. Shahrul Hisham Romali di Taman Temerloh Jaya Indah. 

En. Shahrul, yang kini sedang berjuang melawan kanser, memerlukan kemudahan ini bagi membantu kelancaran pergerakannya ketika menjalani rawatan dan aktiviti harian di atas katil. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban serta memberikan sedikit keselesaan kepada En. Shahrul dan keluarga.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama