
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
11/01/2025 | Ustaz Kamal Asahari | — |
Nota Kuliah
MUKADIMAH
Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat Islam dan iman kepada kita, satu nikmat yang sangat besar. Marilah kita berdoa agar nikmat iman ini berkekalan dan sentiasa dipelihara oleh Allah.
Pada hari ini, kita banyak menghadapi ujian terhadap keimanan. Antara ujian tersebut adalah ujian dalam membuat penilaian. Misalnya, dalam menilai sesuatu perkara, syarak mesti didahulukan walaupun bertentangan dengan logik akal. Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk mendahulukan syarak berbanding akal.
Keduanya, kira juga bersyukur kerana dapat melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah di masjid. Semoga Allah distiqamahkan kita dalam menunaikan solat secara berjemaah sehingga kita bertemu dengan-Nya. Sungguhpun ada yang mengatakan bahawa mereka tidak pergi solat berjemaah kerana melakukannya di rumah bersama isteri, namun hal tersebut bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Nabi SAW. Sekiranya perkara itu lebih besar manfaatnya, tentulah Nabi SAW terlebih dahulu melakukannya bersama isteri-isteri baginda.
TADABUR (AN-NUR AYAT 27)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke rumah yang bukan rumah kamu, sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Itu lebih baik bagimu agar kamu mengambil pelajaran."— An-Nur 24:27
Sebab Turun Ayat (Asbabun Nuzul)
Ayat ini diturunkan untuk berkaitan dengan seorang wanita Ansar yang datang menemui Nabi SAW dan menceritakan dia berada di dalam rumahnya dalam keadaan yang dia sendiri tidak ingin dilihat orang lain (walaupun ahli keluarga sendiri), namun ada orang yang tiba-tiba masuk rumahnya. Lalu bagaimanakah yang harus saya lakukan?, tanya wanita itu. Kemudian turunlah ayat ini.
Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebut adalah menjadi budaya masyarakat Arab pada zaman dahulu memasuki rumah orang lain secara tiba-tiba tanpa meminta izin.
Allah menyebut "Wahai orang-orang beriman"— Maka, wajiblah bagi orang-orang yang beriman mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Dengan meyakini bahawa peraturan ini, kerana kita yakin syariat yang allah tentukan adalah jaminan dan perlindungan dari terbukanya ruang kejahatan, kekejian dan kemudharan bagi manusia, keluarga dan masuarakat
Setiap syariat yang Allah perintahkan wajib kita yakini sebagai ketetapan yang membawa kebaikan, tanpa ragu atau pertikaian. Sama seperti seseorang yang menerima nasihat doktor pakar untuk berpuasa sebelum menjalani pembedahan — kita melakukannya kerana percaya kepada kepakaran dan pengalaman doktor dalam menjaga kesihatan kita. Begitu juga dengan syariat Allah. Jika kita begitu mudah meyakini manusia yang terbatas ilmunya, apa lagi dengan Allah, Tuhan yang menciptakan kita. Setiap perintah dan larangan-Nya pasti membawa kebaikan. Maka, wajib bagi kita untuk menerima dan melaksanakan perintah Allah dengan keyakinan penuh, kerana Allah tidak akan memerintahkan sesuatu melainkan ia membawa manfaat untuk hamba-Nya.
Peraturan dalam Islam bertujuan untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Setiap hukum dan adab yang ditetapkan oleh syariat berfungsi untuk memelihara hak dan kehormatan individu serta menjaga kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
Meminta Izin Dari Tuan Rumah
Kita perlu meminta izin sebelum masuk ke rumah, jangan main redah. Walaupun nak masuk bilik ibu bapa sendiri, kita tetap kena minta izin. Ada sesetengah orang yang menganggap perkara ini remeh. Sedangkan ia mempunyai kesan yang amat besar.
Kita juga perlu menerapkan nilai adab ini kepada anak-anak kita, sama sebagaimana kita mengajarkan kewajipan solat kepada mereka. Anak-anak juga mestilah diajar untuk meminta izin jika hendak memasuki bilik ibu bapa.
Secara umumnya dalam surah an-Nur;
Ayat 27-28: ayat berkenaan meminta izin memasuki rumah orang lain.
Islam melarang memasuki rumah orang lain tanpa izin terlebih dahulu. Malah, diaturkan untuk meminta izin dengan istiqnas, bukan istikzan. Istiqnas (minta izin) bermaksud meminta izin dengan cara yang sopan dan baik, dan dalam keadaan tetamu mengetahui bahawa tuan rumah bersedia untuk menerima tetamu. Sementara Istikzan (minta izin) merujuk kepada permintaan izin yang kasar atau tidak beradab.
Pengajarannya apabila hendak pergi ke rumah orang lain, pastikan menggunakan kaedah Istiqnah agar tuan rumah selesa bersama tetamu. Jika didapati keselesaan itu hilang dari tuan rumah maka hendaklah kita beredar. Keizinan itu juga adalah bergantung sejauh mana tuan rumah merasa selesa dalam melayani tetamu.
Ayat 58-9: ayat berkenaan meminta izin dalam rumah
PENGAJARAN
Jangan Menjadikan Solat Sebagai Beban: Solat bukanlah bebanan, tetapi ia adalah cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan ketenangan jiwa.
Kepentingan Meminta Izin: Dalam hubungan sosial, kita harus sentiasa meminta izin sebelum memasuki rumah orang lain atau melakukan sesuatu yang melibatkan orang lain. Ini adalah salah satu cara untuk menjaga adab dan menghormati hak orang lain.
Tanggungjawab Mengajar Anak: Sebagai ibu bapa atau pendidik, kita bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak kita tentang adab dan tatacara yang betul dalam kehidupan sehari-hari, seperti meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa.
Menghargai Waktu Orang Lain: Dengan meminta izin sebelum berkunjung ke rumah orang lain, kita menunjukkan penghargaan terhadap waktu orang lain, tanpa mengganggu mereka secara tiba-tiba atau tanpa persetujuan.
Hikmah Al-Quran diturunkan Berperingkat: Antara sebab ayat-ayat Al-Quran diturunkan secara berperingkat adalah untuk menjawab persoalan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada masa itu. Setiap ayat yang diturunkan pada zaman Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai panduan dan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dalam kalangan umat pada ketika itu.
Jangan Meragui Syariat: Syariat Allah adalah wahyu yang tidak boleh diragui. Setiap perintah-Nya pasti mengandungi kebaikan dan hikmah, dan sebagai umat Islam, kita hendaklah meyakini dan mengamalkannya dengan penuh keyakinan, kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk umat-Nya.
Gambar-Gambar











Nota

Catat Ulasan