Kuliah Subuh 28 Jun 2025, Ustaz Zakaria Mat Dilu

Tarikh Penceramah Tajuk
28/06/2025 Ustaz Zakaria Mat Dilu

Nota Kuliah

Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baru. Tahun semakin baharu, umur pula semakin lanjut. Ini bermaksud umur yang berbaki masih dipinjamkan oleh Allah SWT. Sekiranya seseorang kini berumur 60 tahun dan umurnya ditakdirkan 70 tahun, maka berbaki 10 tahun. Umur yang berbaki merupakan rahsia Allah dan tidak diketahui oleh sesiapa. Sekiranya diketahui, kehidupan dunia pasti menjadi lesu dan tidak berkembang. Contohnya, jika umur seseorang 64 tahun dan kini sudah 60 tahun, maka tinggal empat tahun. Semakin hampir kepada penghujung umur, semakin berkurang kesungguhan untuk menjalani kehidupan. Akan timbul dua keadaan: bersiap sedia atau kecewa dan malas. Ada yang seolah-olah meninggal sebelum mati. Apabila diajak melakukan sesuatu, menolak dan menjadi malas.


Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dengan memanjangkan umur. Mudah-mudahan umur yang panjang membawa rezeki, kesihatan tubuh badan, dan peluang untuk berbakti. Ada yang diuji dengan umur panjang tetapi sakit. Ada pula yang panjang umur, sihat dan murah rezeki. Ada yang hidup dalam kesenangan, ada pula yang diuji dengan kesedihan dan kekurangan. Kehidupan manusia penuh warna – pahit manis.



QIDAM


Qidam ialah salah satu sifat Allah. Ia termasuk dalam sifat salbiah atau sifat amrul i‘tibari, yang bererti menafikan apa yang tidak layak bagi Allah. Contohnya, sifat tua tidak dapat dilihat secara fizikal, tetapi dibandingkan antara dua pihak seperti ayah dan anak. Ayah pasti lebih tua.


Sifat salbiah seperti ini digunakan untuk menolak dakwaan bahawa Allah mempunyai permulaan. Allah Maha Suci daripada sebarang permulaan. Tidak ada sesuatu pun yang lebih awal daripada-Nya. Makhluk ada permulaan – bermula dari tiada. Allah tidak pernah bermula dengan tiada. Allah sentiasa wujud.


Tiga perkara utama yang dinyatakan: tiada sesuatu mendahului-Nya, tidak bermula dengan selain-Nya, dan tidak mempunyai permulaan. Ketiga-tiga membawa makna yang sama – Allah bersifat Qidam.


Manusia ada permulaan, Allah tiada. Manusia ada tok nenek dan anak cucu, yang menunjukkan adanya awal dan akhir. Tetapi Allah tidak didahului oleh sesiapa pun. Jika ada sesuatu bermula pada-Nya, maka bukanlah Tuhan kerana pasti ada penciptanya. Mustahil bagi Tuhan bermula dengan tiada.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama