Kuliah Maghrib 16 Mei 2025, Ustaz Dr. Khairuddin Said

Tarikh Penceramah Tajuk
16/05/2025 Ustaz Dr. Khairuddin Said

Nota Kuliah



Metod-metod Muhaddith dalam Penerimaan Hadis dan Kawalannya

1. Pengenalan Umum

Metod ini dikenali sebagai “cara penerimaan”. Terdapat kawalan yang sangat teliti berkaitan dengan “penanggungan” sehingga dijelaskan syarat-syarat sahnya. Asalnya istilah “keahlian tanggungan” dan dijelaskan metod-metod penerimaan hadis yang diterima dan lain-lain.

2. Kelayakan Penerimaan

Diperakui bahawa rukun keahlian penanggungan adalah mumayyiz yang berakal untuk memindahkan apa yang didengar, memelihara apa yang diterima. Umumnya, ia berlaku dalam lingkungan umur 5 tahun paling minimum. Dihuraikan tentang kesahan pendengaran seorang kafir dan fasik apabila menyebut apa yang didengar selepas Islam dan taubat dari kefasikan. Pendengaran budak kecil juga sah apabila dia menyampaikannya ketika baligh.


Syarat-syarat Penerimaan

Pertemuan dan penerimaan seorang pelajar terhadap muhaddith atau syeikh hendaklah berlaku tanpa gangguan perhatian seperti:

  • Tidak fokus ketika mendengar.
  • Sibuk menyalin sesuatu yang bukan daripada majlis riwayat.
  • Bercakap-cakap dengan orang lain.
  • Duduk terlalu jauh sehingga tidak mendengar suara guru.

Metod-metod Penerimaan Hadis (8 Kaedah Utama)

1. Mendengar (السماع)
Mendengar secara langsung daripada guru lafaz hadis, sama ada melalui hafalan atau pembacaan daripada kitab. Inilah metod penerimaan yang paling tinggi di sisi majoriti muhaddithin.

2. Pembentangan (العرض)
Murid membaca hadis kepada guru daripada hafalan atau kitab di hadapannya. Diutamakan jika murid itu hafiz atau dapat mengenal kesalahan bacaan. Terdapat khilaf sama ada setaraf dengan "mendengar", namun tetap diterima secara konsensus.

3. Ijazah (الإجازة)
Guru memberi keizinan kepada muridnya untuk meriwayatkan hadis atau kitab tertentu tanpa perlu mendengar atau membacanya kepada guru. Contoh ucapan:
"Aku mengizahkan kamu untuk meriwayatkan daripada aku Sahih al-Bukhari atau Kitab Imam Muslim."

4. Al-Munawalah (المناولة)
Guru menyerahkan sebuah kitab atau lembaran kepada murid untuk meriwayatkan daripadanya. Ia menyerupai bentuk asal penulisan Rasulullah SAW kepada panglima perang. Tiga jenis al-Munawalah:

  • Pertama: Disertai ijazah dan murid mampu menyalin.
  • Kedua: Disertai ijazah tetapi tidak mampu menyalin.
  • Ketiga: Tanpa ijazah.

Bentuk lafaznya: “Ini dari hadisku atau dari pendengaranku.”
Bukan: “Aku meriwayatkannya daripadaku.”

Terdapat perbezaan pandangan; majoriti muhaddithin tidak membenarkannya, namun ada yang menerimanya.

5. Al-Mukatabah (المكاتبة)
Guru menulis hadis dan mengirimkannya kepada murid. Terdapat dua jenis:

  • Pertama: Disertai ijazah (kuat, seperti al-Munawalah).
  • Kedua: Tidak disertai ijazah.

6. Al-I’lam (الإعلام)
Penerimaan melalui pemberitahuan umum oleh guru tentang kandungan kitabnya. Ia sah jika disebut secara jelas seperti: “Ini adalah dari pendengaranku daripada seseorang.”

7. Wasiat (الوصية)
Guru mewasiatkan kitab-kitabnya kepada murid semasa hendak meninggal atau bermusafir. Ia hanya memberi hak milikan kitab, bukan kandungan, dan dianggap sebagai metod yang lemah.

8. Al-Wijadah (الوجادة)
Murid menemui hadis atau kitab tulisan seseorang dan meriwayatkannya dengan menyebut sanad. Ini termasuk metod paling rendah kekuatannya dalam periwayatan.



Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama