5 Januari 2025 — (Ahad) Kuliah pertama Kelas Mengenal Bahasa Arab Al-Quran telah diadakan pada malam ini, bertempat di dewan solat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), selepas solat Isyak.
Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, Ustaz Zulkifli Mat Arof, dan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat kariah MTTJ tanpa sebarang bayaran.
Kelas akan diadakan dua kali sebulan, iaitu pada Ahad malam Isnin minggu pertama dan ketiga.
Untuk maklumat lanjut mengenai kelas ini, orang ramai boleh menghubungi pihak MTTJ bagi membuat tempahan slot pembelajaran serta menyertai kumpulan WhatsApp Kelas Bahasa Arab melalui nombor berikut:
📞 0199881610 – Hj. Hassan Samadi
📞 0139225352 – Cikgu Safri Harun
📞 0179403789 – En. Fendi Ismail
Catat Ulasan