
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
01/06/2025 | Ustaz Hairulazam Abd Rahman | — |
Surah Maryam, khususnya ayat ke-75 dan 76. Dalam ayat ke-75, Allah SWT menceritakan tabiat manusia, dalam kalangan mereka yang bangga dan sombong dengan apa yang dimiliki. Allah SWT menyebut:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Barang siapa yang berada dalam kesesatan, maka biarkanlah Tuhan Yang Maha Pemurah melanjutkan baginya tempoh (kehidupan),..."—Surah Maryam, 19:75
Allah SWT membawa ayat ini sebagai satu peringatan. Bagi orang yang berada dalam kesesatan — dalam pengertian umum di dalam al-Quran — istilah ‘sesat’ merujuk kepada akidah, khususnya terhadap orang-orang yang syirik kepada Allah SWT dan tidak beriman kepada-Nya.
Dalam sejarah Nabi SAW, manusia yang jahat wujud dalam pelbagai kategori — ada yang jahat kerana tabiat, dan ada yang jahat kerana pengaruh persekitaran. Di sinilah datangnya sifat kasih sayang Allah SWT.
Dalam situasi ini, pelajar bukan bodoh, tetapi berasal daripada latar belakang yang rumit. Apa yang boleh dilakukan? Sekolah mengadakan program dua bulan sekali: program solat berjemaah dan bermalam di sekolah selama dua hari satu malam secara percuma. Sambutan sangat menggalakkan. Ada yang datang hanya berkaki ayam, tetapi hadir dengan gembira.
Inilah hidayah Allah SWT. Ia tidak terlintas di hati Abu Lahab, tetapi akhirnya hidayah itu sampai juga kepada Abu Sufyan, walaupun pernah menjadi musuh Islam dalam perang Uhud dan Badar. Abu Sufyan memiliki hati yang lembut. Beliau pernah mengetuai angkatan perniagaan Quraisy yang dihalang oleh umat Islam, menyebabkan Abu Jahl menghantar seribu tentera. Abu Sufyan cuba selamatkan diri dengan memilih jalan lain, dan akhirnya menghantar utusan kepada tentera Quraisy agar tidak perlu datang kerana beliau sudah selamat. Tetapi Abu Jahl tetap mahu berperang.
Akhirnya, Abu Sufyan memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah sebelum pembukaan kota Mekah. Namun, Syiah memfitnah beliau dan isterinya, Hindun, kononnya Hindun membelah dada Sayyidina Hamzah dalam perang Uhud dan memakan jantungnya. Itu hanyalah cerita palsu. Tiada riwayat sahih mengenainya.
Allah menyatakan bahawa walaupun diberikan tempoh, ia tetap satu bentuk rahmat. Ada peluang untuk kembali. Maka bersyukurlah. Jangan bangga dengan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan pujian atau puja-puji kerana tua itu adalah nikmat. Jika sudah tua dan masih diberi peluang oleh Allah untuk bangun awal pagi dan beribadah, maka bersyukurlah.
Jika tidak mampu berpuasa sepanjang sembilan hari, usahakan berpuasa tiga atau empat hari. Dalam sepuluh hari ini, ada banyak peluang untuk menggandakan amalan. Budaya seperti ini boleh dibentuk, seperti berbuka puasa di masjid secara berjemaah.
Allah SWT akan menambahkan keimanan kepada orang yang beriman. Amalan yang mendekatkan kepada Rasulullah SAW adalah yang paling bernilai. Maka hendaklah digabungkan antara ilmu fiqh dan semangat mengikuti sunnah Nabi SAW tanpa pertentangan.

















Catat Ulasan