Kuliah Maghrib 20 Julai 2025, Ustaz Dr. Hasbullah Mohamad

Tarikh Penceramah Tajuk
20/07/2025 Ustaz Dr. Hasbullah Mohamad

Nota Kuliah
PEMBOHONG [SELALU BERBOHONG]
1. DEFINISI BOHONG Bohong (الكذب) dari segi bahasa bermaksud berkata sesuatu yang tidak benar, menyanggahi hakikat dan kenyataan.
Dari segi syarak, ia ialah mengucapkan sesuatu yang tidak selaras dengan hakikat sebenar, sama ada dengan sengaja atau tidak.

Pembohongan dimaksudkan ialah mereka yang menjadikan amalan ini sebagai kebiasaan (tabiat berdusta).
2. LARANGAN BERBOHONG & KESANNYA
Jauhi berbohong dan pendustaan:
وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ (al-Hajj: 30)
Maksud: Maka jauhilah olehmu najis-najis (berhala) itu dan jauhilah perkataan dusta.
Berbohong (dusta) dilarang oleh Allah:
إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ (al-Nur: 7)
Maksud: Dan sesungguhnya berdusta membawa kepada kefasikan, dan kefasikan membawa ke neraka.
Dicatatkan sebagai Kazzab (pembohong):
وَلَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِندَ اللَّهِ كَذَّابًا
Maksud: Seseorang yang terus berdusta hingga ditulis di sisi Allah sebagai pendusta. (HR. al-Bukhari & Muslim)
Disiksa di akhirat dengan azab yang sangat pedih:
Nabi SAW bersabda: “...Adapun orang yang engkau lihat mulutnya dikoyakkan ke tengkuknya, itulah orang yang menyebarkan dusta hingga sampai ke seluruh dunia.” (HR. al-Bukhari)
Larangan kebiasaan berdusta termasuk dalam gurauan:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالْحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ وَيَكْذِبُ وَيْلٌ لَهُ
Maksud: Celaka bagi orang yang bercakap lalu berdusta untuk membuat orang ketawa, celaka baginya, celaka baginya. (HR. Abu Dawud)
* Termasuk juga dalam dosa ini ialah orang yang berdusta dalam gurauan atau kandungan hiburan demi gelak ketawa.
Tergolong di kalangan munafiq:
إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Maksud: Tanda orang munafiq ada tiga: apabila dia bercakap, dia berdusta; apabila dia berjanji, dia mungkir; apabila diberi amanah, dia khianat. (HR. al-Bukhari & Muslim)
Tidak mendapat rahmat di akhirat:
لَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksud: Tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan menyucikan mereka, dan mereka akan diazab: Pemimpin yang pendusta, Orang miskin yang sombong, dan Orang tua yang penzina. (HR. Muslim)
3. BENTUK- BENTUK BOHONG YANG SERING DIABAIKAN
Bohong dalam gurauan:
Nabi SAW bersabda: “Aku juga bergurau, tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.”
Bohong dalam jual beli (sumpah palsu):
Termasuk dalam al-Yamin al-Ghamus – dosa besar yang membawa pelakunya masuk neraka.
Bohong dalam media sosial:
Menyebar maklumat palsu, mereka cerita, mencipta identiti tipuan (fake profile).
Menyembunyikan kebenaran:
Termasuk juga dalam kategori bohong (كِتْمَانُ الحَقّ).
4. NATIJAH BURUK – KEBIASAAN BOHONG
Individu:
Hati menjadi gelap, hilang rasa malu kepada Allah, melanggar syariat Islam.
Masyarakat:
Hilangnya kepercayaan, menularnya fitnah dan rosaknya moral.
Akhirat:
Tidak akan dipandang oleh Allah, tidak dibersihkan (تزكية), dan diazab dengan pedih.
5. PENUTUP
Setiap Muslim wajib menjaga lisannya, agar tidak tergolong dalam golongan pembohong.
Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama