
20 Julai 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Pusat Pengajian As Sidiq, Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur (Surau Al-Mukhlisin).
Lawatan yang berlangsung pada hari Ahad, jam 7.30 pagi itu diadakan di Bilik Seminar MTTJ dan disertai seramai 27 orang peserta untuk sesi taklimat penanda aras.
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ yang mengalu-alukan kehadiran para peserta dan menyatakan penghargaan atas kesudian pihak rombongan hadir ke MTTJ.
Sesi taklimat penanda aras kemudiannya disampaikan oleh Tuan Haji Zulkanain Hashim, Setiausaha masjid, dibantu oleh Tuan Haji Hafizan Samadi yang berkongsi amalan-amalan pengurusan masjid yang telah membantu MTTJ muncul sebagai antara masjid cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan.
Lawatan ini menjadi platform berharga untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam usaha memperkasakan institusi masjid sebagai pusat pembangunan sahsiah dan komuniti.





















Catat Ulasan