10 November 2024 (Hari 2) — Pagi ini, rombongan Masjid Assyakirin, Bahagian Bintulu Sarawak berpeluang menyertai solat Subuh MTTJ yang terkenal dengan identiti 'Subuh seperti solat Jumaat' dan menjadi benchmark kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia, diikuti dengan kuliah Subuh dan sarapan pagi.
Program diteruskan dengan sesi soal jawab (Q&A) di bilik mesyuarat MTTJ, di mana para peserta berpeluang mengemukakan pelbagai soalan dan mendapat penjelasan mengenai pengurusan masjid. Kemudian, rombongan dibawa melawat ke fasiliti MTTJ bagi memberi peluang kepada rombongan untuk melihat lebih dekat kemudahan-kemudahan yang ada di masjid. Sebagai penutup, sesi fotografi turut diadakan bagi mengabadikan kenangan lawatan bersejarah ini.
.jpeg)




.jpeg)
Catat Ulasan