
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
17/01/2025 | Ustaz Dr. Khairuddin Said | — |
Manhaj Hadith Sahabat
Kaedah Utama Riwayat:
- Para sahabat mengamalkan pengurangan riwayat daripada Nabi SAW kerana bimbang berlaku kesilapan atau penyelewengan apabila terlalu banyak meriwayatkan hadis.
- Mereka memastikan keabsahan riwayat melalui pembuktian dalam proses pengambilan dan penyampaian hadis.
- Kritikan terhadap riwayat dilakukan dengan membentangkan hadis berdasarkan nas-nas agama dan kaedah-kaedah tertentu. Jika sesuatu riwayat bertentangan dengan prinsip agama, ia akan ditolak.
- Mengenal pasti isnad hadis bagi memastikan sumbernya.
- Menggalakkan orang ramai berhati-hati dalam menerima hadis daripada para perawi. Beberapa sahabat yang menekankan aspek ini ialah Ibnu Abbas, Ubadah bin Samit, dan Anas bin Malik.
- Mengambil langkah untuk mendengar hadis terus daripada perawi asal.
- Membentangkan hadis-hadis tertentu bagi mengenal pasti sama ada hadis tersebut sahih atau daif.
Dalam konteks hukum dan hadis, wujud keperluan untuk memahami pengurusan periwayatan hadis serta pendekatan para sahabat dalam menilai kesahihan hadis. Rasulullah SAW adalah sumber utama rujukan, tetapi para sahabat menunjukkan sikap berhati-hati dalam meriwayatkan hadis agar tidak berlaku kesilapan yang boleh menjejaskan kebenaran Islam.
Para sahabat mendalami Al-Quran dengan mendalam, bukan sekadar menghafal atau membaca, tetapi memahami isi kandungannya secara menyeluruh. Sikap ini dilanjutkan dengan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap periwayatan hadis, termasuklah membandingkan riwayat dengan ayat Al-Quran bagi memastikan kesesuaian.
Terdapat juga contoh di mana sahabat seperti Aisyah r.a menolak hadis tertentu kerana bertentangan dengan pemahaman ayat Al-Quran. (hadis mayat disiksa kerana tangisan orang hidup)
Dalam menghadapi ancaman hadis palsu, para sahabat memperkenalkan beberapa langkah seperti:
- Meneliti kredibiliti perawi.
- Membandingkan riwayat dengan hafalan sahabat lain.
- Membuat perjalanan jauh untuk memastikan kesahihan sesuatu riwayat.
- Melakukan cross-check antara riwayat bagi menilai konsistensinya.
Jenis-Jenis Hadis:
- Hadis Marfu' – Hadis yang sampai kepada Rasulullah SAW, biasanya berkaitan perkara ghaib atau sifat Allah SWT.
- Hadis Mauquf – Hadis yang hanya sampai kepada sahabat sahaja, tidak sampai kepada Rasulullah SAW.
- Hadis Maqtu' – Hadis yang disebut oleh tabiin sahaja, bukan daripada sahabat.
- Hadis Muttasil – Hadis yang sanadnya bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.
- Hadis Mursal – Hadis yang tiada nama sahabat dalam sanadnya, walaupun sepatutnya ada.
- Hadis Munqati' – Hadis yang sanadnya terputus.
- Hadis Mudallas – Hadis yang berlaku kekeliruan pada perawi atau sanadnya diubah.
Pandangan Ulama Tentang Sahabat:
- Imam Nawawi menyatakan bahawa sahabat ialah orang yang sempat bersama Rasulullah SAW dan melihat Baginda.
- Imam Ahmad pula menyebut bahawa sesiapa yang pernah bersahabat dengan Rasulullah, walaupun selama setahun, sebulan, sehari, atau sesaat, dia dikira sebagai sahabat Nabi SAW.

















Catat Ulasan